RSS

Yes Life Web – Hab Komunikasi Berasaskan Web

08 Oct

“Yes Life Web membolehkan anda membuat dan menerima panggilan dan SMS terus daripada pelayar web.  Sebelum ini telah diperkenalkan untuk para pengguna Android, iOS, Mac dan juga Windows, membolehkan para pengguna membuat panggilan dan juga SMS terus melalui aplikasi tersebut pada peranti pintar mudah-alih anda. Dan kini, dengan Yes Life Web, anda boleh melakukan kesemua perkara tersebut menggunakan pelayar web. Apa yang menariknya mengenai perkhidmatan ini adalah dimana ia tidak bergantung kepada sebarang kad-SIM, dan boleh digunakan tanpanya. Namun, para pengguna masih perlu mendaftarkan akaun mereka dengan pihak Yes melalui laman rasmi mereka, dan perlu mempunyai kredit dalam akaun untuk membuat panggilan keluar. Mungkin dengan pakej Yes pada harga serendah RM25 sebulan, ia tidak menjadi sebarang masalah besar untuk pengguna.

Yes Life Web yang diperkenalkan ini membawakan gabungan pelbagai perkhidmatan sedia ada termasuk ruangan storan awan, dan panel pengurusan aplikasi seperti emel dan kalendar. Walaupun nampak biasa, salah satu perkara yang menarik perhatian adalah kebolehan untuk membuat panggilan dan menerima terus melalui pelayar web. Namun, semestinya ia bergantung kepada talian internet anda, dimana ketika mencuba menggunakan WiFi di kedai makan dan sebagainya, talian kelihatan agak terputus-putus berbanding kebiasaan. Sekiranya anda tiada sebarang headset, panggilan akan kelihatan janggal, memandangkan anda perlu bercakap dengan sedikit kuat, agak dapat ditangkap oleh mikrofon komputer anda. Namun, kebolehan menghantar SMS semestinya salah satu perkara yang menarik, dimana anda boleh menggunakan papan kekunci komputer anda dalam menghantar dan menerima SMS.

Buku alamat terbina memudahkan anda mengetahui siapakah yang membuat panggilan, dan untuk siapakah yang anda ingin membuat panggilan ataupun menghantar SMS. Selain daripada emel, kalendar dan juga buku alamat turut disertakan. Ruangan storan percuma sebanyak 2GB untuk para pengguna memuat-naik fail dengan hanya drag-drop pada pelayar web. Kadar kelajuan muat-naik yang ditawarkan adalah agak baik kerana pelayannya terletak di dalam Malaysia. Ia juga menyediakan sokongan perkongsian, membolehkan pengguna berkongsi pautan memuat-turun sesuatu fail yang dimuat-naik bersama-sama dengan yang lain. Namun, semestinya sekiranya mempunyai sebuah klien khas seperti Dropbox atau SkyDrive, ia akan lebih aktif digunakan oleh semua pengguna. Buat masa ini, klien desktop sedia ada hanya sekadar membolehkan para pengguna membuat dan menerima panggilan sahaja,

 
Leave a comment

Posted by on October 8, 2012 in Web Social

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s