RSS

Kebebasan Internet Di Malaysia

11 Oct

Para pengguna internet tempatan semakin bertambah dari hari ke hari di Malaysia mahupun di seluruh dunia, dan salah satu perkara yang dijanjikan oleh pemimpin tempatan adalah dimana internet tidak akan sama sekali ditapis. Tetapi bagaimanakah pula dengan kebebasan berinternet di Malaysia ? Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Freedom House untuk tahun 2012, ia diperlihatkan, kebebasan internet di Malaysia semakin berkurangan, dimana daripada angka 41 pada tahun 2011, kini merosot ke angka 43 (Dari markah keseluruhan sebanyak 100). Perkara ini berkait secara langsung dengan beberapa blogger dan pengguna web yang ditahan disebabkan kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan di internet, disamping akta 114A yang popular dikatakan beberapa bulan sebelum ini. Dari segi sambungan dan sokongan rangkaian internet di Malaysia, ianya adalah salah satu perkara yang membanggakan dimana Malaysia terletak di antara negara tertinggi dengan pengguna internet yang mencecah lebih 17.5 juta pengguna (Lebih 18 juta mengikut angka terkini) yang mengakses internet. Selain daripada kebebasan internet, Freedom House juga turut berkongsi beberapa statistik lain berkaitan had kandungan yang dikongsikan, serta kesukaran untuk mengakses internet pada sesuatu masa. Namun, seperti biasa, setiap perkara mempunyai had penggunaannya, dan di Malaysia, beberapa perkara seperti kenyataan perkauman dan sebagainya dipantau oleh pihak berkuasa. Selain daripada SKMM dan CyberSecurity yang memantau penggunaan internet di Malaysia, beberapa badan baru turut ditubuhkan dalam terus memperkembangkan penggunaan internet dan web, dan salah satu yang baru diperkenalkan adalah Digital Malaysia. Muat-Turun laporan penuh dalam bentuk PDF.

 
Leave a comment

Posted by on October 11, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s