RSS

Twitter Hadir Dengan Hos Video Sendiri

11 Oct

Pada tahun lepas, Twitter mengambil langkah drastik dengan memperkenalkan perkhidmatan hos imej mereka sendiri, menggantikan beberapa perkhidmatan popular seperti TwitPic dan lain-lain, dan kini ia dilaporkan Twitter bakal membuat perkara sama untuk video. Buat masa ini, untuk video, para pengguna Twitter terpaksa bergantung kepada beberapa perkhidmatan pihak ketiga seperti TwitVid dan juga yFrog sekiranya ingin memuat-naik video dan berkongsi terus ke Twitter. Namun, perkara ini dijangka akan berubah tidak lama lagi, dengan Twitter sendiri mengintegrasikan sokongan tersebut didalam klien mereka. Semestinya dengan langkah ini, ia akan memberikan Twitter lebih kawalan dalam memberikan pengalaman penggunaan yang selari pada pelbagai platform. Namun, pada masa yang sama, ia mungkin tidak disukai beberapa pembangun yang sedia menyediakan perkhidmatan seumpamanya untuk pengguna Twitter. Selain daripada itu, ia masih lagi tidak diketahui dengan siapakah Twitter kelak bekerjasama dalam menjayakan perkhidmatan tersebut. Sebelum ini, untuk perkhidmatan hos imej, mereka bekerjasama dengan pihak Photobucket dalam menjayakannya.

 
Leave a comment

Posted by on October 11, 2012 in Web Social

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s