RSS

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Note 2

13 Oct

Galaxy Note 2 di Malaysia akan memulakan jualannya bermula 19 Oktober dengan harga RM2299. Hanya model 16GB ditawarkan buat permulaan ini. Galaxy Note 2 membawakan rekabentuk menyerupai Galaxy S3, dengan skrin yang lebih besar, iaitu bersaiz 5.5-inci. Jikalau dibandingkan dengan Galaxy Note generasi pertama, badannya kelihatan lebih sedap untuk dipegang, namun seperti biasa, kesan cap jari yang terlekap padanya masih kekal seperti sebelumnya. Galaxy Note 2 menggunakan Android 4.1 Jelly Bean, dimana dilengkapi dengan Google Now dan juga notifikasi. Menekan butang menu untuk membuka Google Now secara automatik. Manakala untuk S-Voice pula, butang Home digunakan. Namun, terdapat beberapa kaedah yang membolehkan butang Home digantikan untuk digunakan sebagai Google Now.

Galaxy Note 2 turut sama dilengkapi dengan aplikasi tambahan, iaitu MPH Online bagi membolehkan para pengguna tempatan menikmati buku digital terus pada peranti Android mereka. Kamera Galaxy Note 2 turut menyertakan sokongan yang dinamakan sebagai Best Face, membolehkan para pengguna mengubah gambar muka sekiranya terdapat sebarang kecacatan pada gambar. Secara kasarnya ia berfungsi seperti sokongan Scalado Remove. Salah satu perkara yang tidak boleh dilupakan adalah S-Pen. Ia membawakan sensitiviti yang lebih baik berbanding sebelumnya, selain menambah beberapa fungsi baru seperti Air View yang membolehkan para pengguna melihat pelbagai kandungan seperti video dan sebagainya tanpa membuka penuh sesuatu dokumen, video ataupun emel.

Apabila anda menarik keluar S-Pen, sebuah notifikasi diperlihatkan pada bahagian atas, disamping memperlihatkan beberapa aplikasi yang sesuai digunakan bersama. Galaxy Note 2 turut sama menyertakan sokongan baru yang dinamakan sebagai Multiwindow, membolehkan anda menyertakan dua tetingkap pada skrin, dan mengendalikannya pada waktu yang sama. Namun, untuk peranti baru yang bakal dijual pada 19 Oktober ini, ia tidak disertakan dan memerlukan para pengguna mengemaskini sistem operasi mereka melalui sokongan OTA. Di Malaysia, Galaxy Note 2 mula dijual pada19 Oktober 2012 dimana akan dijual pada harga RM2299. Syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom dan juga DiGi turut sama akan menawarkan pakej dan pelan mereka untuk Galaxy Note 2 tidak lama lagi.

 
Leave a comment

Posted by on October 13, 2012 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s