RSS

Asus Memperkenalkan Padfone 2

19 Oct

Sepertimana yang dinantikan, Asus hari ini, mengumumkan peranti hibrid antara telefon pintar dan juga tablet, iaitu Asus Padfone 2, yang membawakan beberapa kemaskini dari segi rekabentuk, spesifikasi, dan juga beberapa perkara lain yang berkaitan. Asus Padfone 2 masih mengekalkan sistem operasi Android padanya. Telefon pintar Padfone 2 kini didatangkan dengan skrin IPS bersaiz 4.7-inci dengan sokongan paparan 720p, kamera 13-megapixel pada bahagian belakang, serta dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz Snapdragon S4, bateri berkapasiti 2140mAh serta memori sebanyak 2GB RAM. Untuk tablet Padfone 2 pula, ia membawakan perubahan pada bahagian penyambungan telefon pintar, dimana dock kini kelihatan lebih baik berbanding rekabentuk generasi sebelumnya. Ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 10.1-inci dengan paparan resolusi 1280×800 pixel, serta bateri berkapasiti 5000mAh padanya. Kapasiti bateri pada bahagian tablet kelihatan dikurangkan, manakala pada telefon pintar, ia dipertingkatkan lagi. Seperti beberapa peranti terkini, ia juga didatangkan bersama-sama dengan sokongan rangkaian LTE, serta perkongsian melalui NFC. Menurut Asus, mereka akan memperkenalkan kemaskini Android 4.1 Jelly Bean dalam masa terdekat. Namun satu kekurangan adalah kerana ketiadaan papan kekunci tambahan untuknya. Ia dikatakan negara Asia bakal menerimanya sebelum penghujung tahun ini

 
Leave a comment

Posted by on October 19, 2012 in Gadjet, Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s