RSS

Canon Memperkenalkan Tiga Kamera Kompak Baru

19 Oct

Canon Malaysia, kini mula menawarkan tiga kamera kompak terbaru mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu PowerShot G15, PowerShot S110, dan juga PowerShot SX50 HS, sekaligus memberikan pelbagai pilihan untuk mereka yang gemar merakamkan gambar. PowerShot G15 merupakan kemaskini kepada kamera kompak G12 sedia ada dimana membawakan sokongan auto-fokus terpantas dengan kelajuan sehingga 0.17 saat, serta menyertakan sokongan pemprosesan imej Canon DIGIC 5 padanya. Canon PowerShot G15 ini turut sama menyertakan sensor 12.1-megapixel serta sokongan kelajuan ISO sehingga ke ISO 12800. PowerShot S110 pula direkabentuk khas kepada mereka yang gemar merakamkan gambar pada waktu malam dan dalam keadaan gelap, dimana ia menyertakan sensor 12.1-megapixel, sokongan aperture pada f/2.0, serta didatangkan dengan HS System dan sokongan pemprosesan imej DIGIC 5 padanya. PowerShot S110 turut sama menawarkan sokongan WiFi padanya, dimana anda boleh menghubungkan ia melalui aplikasi Canon CameraWindows, dan mengawalnya menggunakan peranti iOS atau Android. Sokongan percetakan melalui WiFi turut sama disokong pada kamera kompak ini. Selain daripada itu, PowerShot S110 turut sama dilengkapi dengan skrin sentuh sebesar 3.0-inci padanya. PowerShot SX50 HS adalah kamera kompak berspesifikasi tinggi daripada Canon, membawakan kuasa rakaman yang tinggi dengan sokongan zoom optikal sehingga 50x padanya. Ia membolehkan gambar dirakamkan daripada suatu jarak, tetapi masih mengekalkan kualiti gambar padanya. PowerShot SC50 turut dilengkapi dengan fungsi telephoto 100x ZoomPlus. Ketiga-tiga kamera ini dijual di Malaysia, dimana PowerShot G15 berharga RM1999, PowerShot S110 berharga RM1699 dan PowerShot SX50 HS berharga RM1899.

 
Leave a comment

Posted by on October 19, 2012 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s