RSS

Galaxy Note 2 Boleh Didapati Secara Rasmi Daripada Maxis, Celcom, DiGi

19 Oct

Samsung Galaxy Note 2 akhirnya telah pun mula dijual secara rasminya oleh pengedar rasmi Samsung seluruh negara pada harga RM2299. Dan bagi mereka yang ingin menjimatkan sedikit wang dan tidak ingin mengeluarkan wang mereka sekaligus, mungkin boleh mendapatkannya daripada tiga syarikat telekomunikasi utama tempatan pada harga yang rendah, tetapi dengan komitmen bulanan. Maxis, DiGi dan Celcom, ketiga-tiga syarikat gergasi ini menawarkan pakej tersendiri untuk peranti ini. Ia masih lagi tidak diketahui sama ada UMobile akan hadir dengan pakej mereka tersendiri ataupun tidak. Maxis seperti biasa, menawarkan peranti Galaxy Note 2 bersama-sama dengan pilihan pakej Value First, ataupun Value Plus dimana digabungkan dengan pilihan pelan data 1GB (RM48), 3GB (RM68) dan 6GB (RM98).

Sekiranya anda memilih Value Plus 50 dan juga pelan data 1GB, maka keseluruhan, komitmen bulanan anda berjumlah RM98 untuk setiap bulan. Bagi pengguna yang ingin mendapatkannya daripada Maxis, boleh turut sama menyemak pelan Maxis TalkMore 78 yang ditawarkan oleh mereka dengan kadar harga peranti yang lebih rendah. DiGi pula menawarkan pakej peranti Galaxy Note 2 dengan pilihan DG Smart Plan yang membawa pelan data sahaja, tetapi turut boleh digunakan untuk membuat panggilan dan SMS pada harga tambahan. Pada komitmen bulanan sebanyak RM88, para pengguna boleh mendapatkannya pada harga serendah RM1399, tetapi untuk pembayaran pertama, DiGi meminta deposit sebanyak RM600 (Yang akan ditolak setiap bulan pada bil), menjadikan jumlah pembayaran pertama mencecah RM2087.

Selain Maxis dan DiGi, Celcom turut sama menawarkan pelan tersendiri dimana menyediakan sebanyak 6 pelan khas untuknya. Pengguna diberi pilihan untuk pilihan pelan panggilan suara dan juga penggunaan internet, dengan jumlah komitmen serendah RM78 sehingga RM208. Untuk mendapatkan pada harga peranti terendah, RM1498, pengguna dikehendaki melanggan pakej dengan komitmen bulanan sebanyak RM188 ataupun RM208, dimana memerlukan deposit sebanyak RM450. Para pengguna masih mempunyai pilihan untuk mendapatkan peranti ini secara berasingan tanpa sebarang kontrak daripada para pengedar rasmi Samsung seluruh negara para harga RM2299. Namun, sekiranya anda masih ingin mendapatkan daripada pelan syarikat telekomunikasi, apakah pilihan pakej yang akan menjadi pilihan anda ?

 
Leave a comment

Posted by on October 19, 2012 in Data Plan, Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s