RSS

Google Memperkenalkan Chromebook 11.6-inci Berasaskan ARM Daripada Samsung

19 Oct

Jikalau semalam, Google menghantar jemputan media untuk pengumuman berkaitan Android pada hari yang sama dengan pengumuman Windows Phone 8, hari ini, Google melangkah setapak lebih pantas, dengan mengumumkan Chromebook mereka kepada umum. Namun semestinya, Chromebook masih tidak akan ditawarkan untuk pengguna Malaysia buat masa ini. Daripada apa yang kedengaran sebelum ini, memandangkan talian internet di Malaysia kurang stabil, dan Chrome OS pula dijana sepenuhnya menggunakan talian internet sepanjang masa, maka ia tidak akan diperkenalkan dalam waktu terdekat ini. Tetapi dalam beberapa acara sebelum ini yang diadakan oleh Google di Malaysia, mereka menggunakan Chromebook untuk mendemonstrasikan pelbagai perkara. Berbalik kepada pelancaran komputer riba Chromebook terbaru daripada Google, ia dilancarkan dengan kerjasama Samsung, membawakan komputer riba bersaiz 11.6-inci dan dijana berasaskan cip ARM. Samsung Chromebook ini berharga $249 dan membawakan masa bertahan bateri sehingga 6.5 jam, selain menyokong memainkan video resolusi 1080p, serta ruangan storan Google Drive percuma sebanyak 100GB padanya. Samsung Chromebook yang baru ini dijana menggunakan cip pemprosesan dwi-teras A15, memori sebanyak 2GB RAM, dan juga ruangan storan 16GB, serta menyokong USB 3.0 padanya. Sokongan ruangan slot SD turut disertakan bersama-sama dengan Chromebook ini. Namun, seperti diberitahu pada awal artikel ini, ia tidak akan dilancarkan secara rasminya di Malaysia. Mungkin kita hanya boleh berharap supaya terdapat beberapa penjual tempatan yang sanggup mengimport dan menjualnnya di Malaysia pada harga yang berpatutan.

 
Leave a comment

Posted by on October 19, 2012 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s