RSS

Ubuntu 12.10 Quantal Quetzal

19 Oct

Akhirnya Canonical telah pun memuat-naik Ubuntu 12.10 ke pelayan mereka, membolehkan para pengguna seluruh dunia memuat-turun dan menggunakannya hari ini. Selain membawakan pelbagai kemaskini daripada segi aplikasi dan perisian yang digunakan padanya, ia turut menyertakan beberapa sokongan baru dan salah satunya adalah penggunaan aplikasi web sebagai aplikasi desktop dengan mudah. Ia sekaligus memudahkan pengguna Ubuntu menggunakan aplikasi web seperti aplikasi desktop biasa, dan mengintegrasikannya dengan beberapa fungsi lain di Ubuntu. Antaramuka Unity turut sama ditambah-baik pada Ubuntu 12.10, dimana anda boleh melihat preview untuk kebanyakkan fail anda dengan mudah terus pada panelnya, sekaligus memudahkan anda mencari dan memilih fail yang dikehendaki. Beberapa aplikasi sedia ada turut diintegrasikan dan ditambah baik, dan salah satunya adalah Update Manager yang dijenamakan semula sebagai Software Updater. Melaluinya, setiap kali anda memulakannya, ia akan menyemak sebarang kemaskini. Dari segi aplikasi pula, ia menyertakan LibreOffice 3.6.2, GNOME 3.6, Firefox 16 dan juga Mozilla Thunderbird 16 padanya. Sokongan perkomputeran awan, Ubuntu One turut sama ditambah-baik dengan Ubuntu One Music yang kini boleh diakses terus daripada Launcher. Dari segi keselamatan dan sekuriti pula, Ubuntu 12.10 didatangkan dengan sokongan UEFI Secure Boot, sekaligus membolehkan ia dipasang bersama-sama Windows 8 tanpa sebarang masalah. Bagi yang berminat, boleh mula memuat-turun Ubuntu 12.10 Quantal Quetzal daripada laman rasmi Ubuntu hari ini, dan menggunakannya pada komputer anda. Muat-Turun Ubuntu 12.10 Quantal Quetzal untuk desktop.

 
Leave a comment

Posted by on October 19, 2012 in OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s