RSS

Apa Yang Bakal Diumumkan Oleh Google

23 Oct

Tarikh 30 Oktober semestinya adalah salah satu tarikh yang dinantikan ramai, apatah lagi Google dan Microsoft masing-masing bakal mengumumkan berkaitan dengan Android dan juga Windows Phone 8. Beberapa info awal berkaitan dengannya mula diketahui, dan dikongsikan di beberapa laman dan juga forum. Daripada apa yang dikongsikan, sebanyak tiga peranti dikatakan sah akan diperkenalkan pada hari tersebut, iaitu Nexus 7 versi 3G, tablet Nexus 10 daripada Samsung, dan juga telefon pintar Nexus 4 daripada LG. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan dunia Android, semestinya sedia ketahui  dimana pelbagai gambar peranti LG Nexus 4 telah pun kelihatan, membawakan rekabentuk yang lebih kurang menyerupai Galaxy Nexus. Dari segi spesifikasi, dikatakan LG Nexus 4 bakal membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz, skrin bersaiz 4.7-inci dengan paparan 1280×768 pixel, memori sebanyak 2GB RAM, kamera 8-megapixel pada bahagian belakang, kamera 1.3-megapixel pada bahagian hadapan, dan juga bateri berkapasiti 2100mAh padanya. Untuk tablet Nexus 10 daripada pihak Samsung pula, mengatakan ia akan membawakan skrin bersaiz 10-inci, dengan resolusi 2560×1600 pixel padanya. Dari segi perisian pula, ia dikatakan Google bakal memperkenalkan Android 4.2 pada hari tersebut, dimana masih akan mengekalkan nama Jelly Bean padanya. Daripada apa yang dikongsikan berkaitan dengan Android 4.2, ia dikatakan akan lebih dioptimasikan untuk saiz skrin tablet, dan salah satu sokongan yang bakal disertakan adalah sokongan profil, membolehkan anda mengubah akaun pengguna dengan mudah, dan masing-masing membawakan tetapan tersendiri. Sokongan notifikasi pada Android 4.2 juga dijangka akan ditambah baik, membolehkan para pengguna mengakses pelbagai perkara terus pada ruangan notifikasi, seperti membaca keseluruhan mesej dan sebagainya. Fungsi Google Now yang diperkenalkan pada Jelly Bean juga dijangka akan menerima beberapa penambahan padanya, menawarkan lebih banyak informasi untuk para pengguna. Mungkin terdapat lebih banyak kemaskini yang akan dibawakan oleh Google pada acara rasmi itu nanti.

 
Leave a comment

Posted by on October 23, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s