RSS

Beberapa Fungsi Baru Pada Windows Phone 8

23 Oct

Melalui beberapa gambar peranti Ativ S yang dikongsikan seorang pengguna Reddit, beberapa fungsi yang bakal dibawakan bersama-sama dengannya mula kelihatan. Seperti semua sedia maklum, ia akan mengintegrasikan sokongan Xbox Music pada Windows Phone 8, salah satu perkhidmatan yang turut diperkenalkan oleh Microsoft baru-baru ini untuk pengguna Xbox 360. Namun, daripada apa yang dimaklumkan, pengguna Windows Phone 8  dikehendaki melanggan perkhidmatan tersebut sebelum dapat mendengarnya melalui peranti mereka, berbeza dengan pengguna Windows 8 yang boleh menikmatinya secara percuma selama 6 bulan. Salah satu gambar di Music Hub juga turut memperlihatkan logo 7Digital, sekaligus memperlihatkan perkhidmatan tersebut diintegrasikan pada peranti Samsung.

Samsung juga kelihatan turut mengintegrasikan salah satu aplikasi popular mereka, Family Story pada peranti Windows Phone 8 keluarannya. Windows Phone 8 juga bakal membawakan sokongan yang dinamakan Wallet, membolehkan para pengguna menyimpan maklumat mengenai kad ganjaran, kupon, kad kredit dan sebagainya. Pada Windows Phone 8 kelak, para pengguna akan mendapat akses kepada Nokia Maps, dan menariknya sokongan penggunaan secara luar talian juga dilihat didatangkan bersama-sama, membolehkan para pengguna terlebih dahulu memuat-turun data peta sesuatu lokasi, dan menggunakannya tanpa sebarang penggunaan data pada kemudian hari. Salah satu perkara baru yang dikenal pasti melalui gambar-gambar yang dikongsikan adalah sokongan yang dinamakan sebagai Live Wallpaper.

Dimana seperti pada namanya, ia membawakan sokongan penggunaan gambar bergerak sebagai latar belakang peranti Windows Phone 8. Integrasi Skydrive juga disertakan pada Windows Phone 8, dan sebuah tetapan disediakan membolehkan para pengguna menetapkan untuk memuat-naik gambar atau video, dan sama ada menggunakan pelan data ataupun hanya ketika dihubungkan pada WiFi sahaja. Dan untuk ibubapa yang mempunyai anak kecil yang sering bermain pada peranti mereka, kini sebuah halaman tetapan Children Corner turut disertakan, memberikan anda lebih kawalan berkaitan apa yang boleh diakses mereka. Microsoft dijangka akan mengumumkan peranti Windows Phone 8 ini secara rasminya pada 30 Oktober kelak, dan semestinya pada tarikh tersebut, lebih banyak maklumat berkaitan akan diketahuii.

 
Leave a comment

Posted by on October 23, 2012 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s