RSS

Ubuntu 12.10 Menggunakan VirtualBox

23 Oct

Canonical telah pun melancarkan sistem operasi versi terbaru mereka iaitu Ubuntu 12.10 Quantal Quetzal kepada semua pengguna seluruh dunia, dan semestinya ramai yang tidak sabar untuk mencubanya pada komputer masing-masing. Bagi para pengguna baru pula, anda boleh mencubanya sendiri hari ini dengan menggunakan VirtualBox pada komputer anda. Menggunakan VirtualBox, ia beroperasi secara maya, tanpa menganggu sebarang sistem operasi sedia ada komputer anda. Muat-Turun VirtualBox Secara Percuma. Sebaik sahaja selesai memasang VirtualBox pada komputer anda, ia akan memperlihatkan mesej selamat datang, dan memberikan beberapa panduan asas pada skrin utama. Untuk memulakan pemasangan Ubuntu pada VitrualBox, anda hanya perlu klik pada butang New yang terletak pada bahagian atas-kiri pada tetingkap aplikasi VirtualBox. Ia seterusnya akan membuka tetingkap baru, dan anda boleh namakan sistem operasi tersebut mengikut nama kegemaran anda, selain mana pada bahagian bawah, buat pilihan jenis sistem operasi kepada Linux, dan versi Ubuntu. Ikuti pelbagai arahan atas skrin, dimana kebanyakkannya telah ditetapkan secara bersesuaian, dan anda hanya perlu menekan butang “Next” sehingga selesai. Sebaik sahaja selesai, anda akan melihat sistem operasi baru ditambahkan pada tetingkap utama VirtualBox anda. Untuk menetapkan penggunaan fail ISO Ubuntu dan sebagainya, tekan butang Start pada bahagian menu atas di VirtualBox, dan sebuah tetingkap baru akan dimulakan. Klik pada ikon folder dan pilih kedudukan fail ISO Ubuntu anda. Kemudian tekan butang Start. Ia akan mengambil sedikit masa sebelum memulakan sistem operasi anda, bergantung kepada kelajuan komputer anda. Seperti komputer biasa, ia akan melalui skrin boot, dan sebagainya, sebelum memperlihatkan anda dengan skrin pemasangan untuk Ubuntu 12.10. Pada skrin utama, anda boleh memilih untuk memasang Ubuntu ataupun memilih Try Ubuntu (Yang akan beroperasi sebagai LiveCD). Selain daripada Ubuntu, pelbagai fail ISO yang lain boleh diuji menggunakan VirtualBox, termasuk Windows 8, dan lain-lain distro Linux.

 
Leave a comment

Posted by on October 23, 2012 in OS, Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s