RSS

Pengguna Akan Berkongsi Lebih 1,000 Kali Dalam 10 Tahun Akan Datang

23 Oct

Salah satu perkara yang menjadikan Facebook berjaya adalah perkongsian, dimana butang perkongsian Facebook boleh dilihat dikebanyakkan laman web utama, memudahkan perkongsian dari hari ke hari. Mark Zuckerberg yang bercakap hari ini di StartupSchool, berkongsi mengatakan mereka menjangkakan dimana angka perkongsian oleh para pengguna berganda setiap 10 tahun, dan mengikut perkiraannya, dalam tempoh 10 tahun akan datang, pengguna akan berkongsi lebih kurang 1000 kali berbanding apa yang dilakukan hari ini. Pada hari ini, Facebook dilihat telah menjadi salah satu medium perkongsian utama, daripada gambar, lokasi, peta, dan pelbagai perkara lain. Dari angka pengguna, kini Facebook mempunyai lebih daripada 1 billion pengguna di seluruh dunia. Dengan adanya Instagram, Facebook kelihatan boleh mempelajari beberapa perkara berkaitan peranti mudah-alih. Baru-baru ini, mereka telah pun memperkenalkan aplikasi natif untuk iOS, dan Android. Semestinya, dunia sosial masih pada awal perkembangannya lagi, dengan Facebook yang masih belum memfokuskan sepenuhnya kepada sokongan panggilan video dan sebagainya. Mungkin dari hari ke hari, kita akan dapat melihat lebih banyak perkara baru pada Facebook, apatah lagi ia kelihatan mereka sedang menguji rekabentuk baru laman mereka baru-baru ini.

 
Leave a comment

Posted by on October 23, 2012 in Web Social

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s