RSS

Beza Windows RT Dan Windows 8

26 Oct

Dengan hadirnya sistem operasi terbaru daripada Microsoft, semestinya ramai yang tertanya-tanya antara dua versi utama yang ditawarkan oleh Microsoft, iaitu Windows RT dan juga Windows 8. Sistem operasi Windows baru ini ditawarkan dalam tiga variasi, iaitu Windows 8, Windows 8 Pro dan juga Windows RT. Secara ringkasnya, selain daripada beberapa perkara teknikal seperti memerlukan cip ARM dan sebagainya, untuk Windows RT, ia dikhaskan sepenuhnya untuk tablet dan peranti dengan skrin sentuh. Windows RT tidak dijual berasingan tetapi ditawarkan terbina melalui peranti seperti tablet. Windows RT hanya boleh digunakan dengan terhad, dimana ia memfokuskan kepada antaramuka baru (Metro), dan untuk akses desktop dan sekadar menawarkan akses untuk aplikasi Microsoft Office RT sahaja. Ia tidak membenarkan sebarang aplikasi atau perisian daripada pihak ketiga dipasang seperti sistem operasi Windows sekarang iaitu menggunakan fail .exe atau .msi. Berbeza untuk Windows 8 pula, ia menawarkan pengalaman penggunaan desktop penuh, membolehkan bukan sahaja aplikasi daripada Windows Store dipasang, tetapi fail-fail individu dalam bentuk .exe dan sebagainya turut digunakan padanya. Windows 8 juga membolehkan akses desktop yang lebih meluas, dan menyokong pelbagai perkara tambahan padanya. Windows 8 Pro pula membawakan beberapa ciri-ciri tambahan seperti sokongan BitLocker, PC Virtualiztaion dan sebagainya, dan lebih memfokuskan pengguna teknikal ataupun yang memerlukan ciri-ciri berkenaan. Bagi pengguna biasa, mungkin Windows 8 memadai untuk digunakan dalam aktiviti harian, dan juga untuk hiburan dan sebagainya.

 
Leave a comment

Posted by on October 26, 2012 in OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s