RSS

Mengapa iPad Mini Lebih Baik Dari Yang Lain

26 Oct

Ketika pengenalan iPad Mini, salah satu perkara yang dikongsikan oleh Apple, adalah mengapa tablet bersaiz 7.9-inci mereka lebih baik berbanding pesaing mereka yang menghasilkan tablet dengan saiz lebih kurang sama tetapi menggunakan platform Android. Apple memfokuskan kepada pengalaman penggunaan dimana membolehkan ia digunakan dan dipegang dengan hanya sebelah tangan sahaja. Dalam kebanyakkan perbandingan yang dilakukan, Apple membandingkan dengan Nexus 7 daripada Google yang dijual pada harga RM999 di Malaysia. Menurut Apple, ia membolehkan pengguna mempunyai keluasan skrin yang lebih besar, dan melihat lebih banyak kandungan pada sesuatu masa. Apple kelihatan memfokuskan kepada rekabentuk kerangka luar mereka yang lebih nipis bahagian tepinya berbanding dengan Nexus 7. Namun, salah satu kelebihan pada iPad Mini semestinya pada sokongan aplikasi mereka. Berbeza dengan tablet Android yang masih bergantung kepada kebanyakkan aplikasi yang dibesarkan saiznya daripada aplikasi telefon pintar. Pada iPad Mini pula, ia didatangkan dengan lebih 275,000 aplikasi yang dioptimasikan khas untuknya. Dan dengan kelebihan ini, dan harga jualan yang mungkin hanya sekitar RM100 berbeza dengan Nexus 7, mungkin iPad Mini akan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih menarik kepada pengguna.

 
Leave a comment

Posted by on October 26, 2012 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s