RSS

Surface Dilancarkan Secara Rasmi Oleh Microsoft

26 Oct

Surface merupakan salah satu tablet daripada Microsoft yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia sejak ia pertama kali diperkenalkan oleh Microsoft. Hari ini, bersama-sama pelancaran Windows 8, Microsoft turut sama melancarkan Surface kepada umum. Surface membawakan skrin bersaiz 10.6-inci, dilengkapi dengan sokongan port USB, selain turut menyertakan kamera hadapan & belakang. Surface juga didatangkan dengan bahagian belakang yang boleh dibuka, untuk mendirikan peranti tersebut, supaya memudahkan para pengguna menggunakannya bersama-sama papan kekunci, ataupun menonton video menggunakannya. Dari segi binaan badan, Microsoft bertindak berani dengan menjatuhkan pada lebih 72 sudut tanpa sebarang kerosakan sebelum ia dipasarkan pada hari ini. Salah satu aksesori tambahan pada Surface adalah “Touch Cover”. Selain daripada hanya menjadi pelindung luar skrin, ia turut sama didatangkan dengan kekunci pada bahagian dalamnya, membolehkan anda menggunakan Touch Cover sebagai papan kekunci fizikal untuk Surface. Touch Cover ini juga turut sama dilengkapi dengan sokongan magnetik yang agak unik, membolehkan ia dipasang pada Surface, dan kekal kukuh, dimana walaupun dipegang pada bahagian Touch Cover sahaja, Surface tidak mudah tertanggal daripadanya. Surface yang diperkenalkan oleh Microsoft buat masa ini adalah versi Surface RT, dan versi Pro. Ia turut sama menyertakan Office 2013 RT kepada para pengguna, membolehkan mereka menggunakan perisian pejabat dengan mudah pada tablet mereka itu. Surface juga turut sama dilengkapi dengan sokongan mikro-SD, membolehkan para pengguna menambah ruangan storan tambahan. Microsoft mengumumkan harga jualannya kelak adalah $499 (Sekitar RM1550) untuk versi 32GB, salah satu harga jualan yang agak kompetitif berbanding pesaing mereka yang lain dengan ruangan storan serupa.

 
Leave a comment

Posted by on October 26, 2012 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s