RSS

Windows 8 Dilancarkan Secara Rasmi

26 Oct

Microsoft secara rasminya telah pun memperkenalkan dan mengumumkan Windows 8 untuk para pengguna di Asia Pasifiik, membolehkan ia didapati daripada pasaran tempatan bermula esok, 26 Oktober 2012. Windows 8, seperti semua sedia ketahui, ia membawakan antaramuka yang serba baru, dan ditawarkan bersama-sama pelbagai peranti baru, bukan sahaja komputer riba dan juga desktop, tetapi turut sama didatangkan dengan tablet dan pelbagai peranti dengan sokongan sentuh padanya. Sistem operasi terbaru daripada Microsoft ini akan ditawarkan dalam dua versi, iaitu Windows 8 dan juga Windows 8 Pro, manakala Windows RT hanya didatangkan bersama-sama tablet berasaskan ARM. Ia turut sama menyertakan beberapa aplikasi baru termasuk Internet Explorer 10, integrasi SkyDrive, serta beberapa aplikasi seumpama Windows Phone, seperti People (Hub komunikasi mengintegrasikan emel, Facebook, LinkedIN, Messenger dan Twitter), Photos (Galeri gambar dan video), Xbox Music dan banyak lagi. Microsoft turut sama memperkenalkan Windows Store bersama-sama dengan Windows 8. Beberapa aplikasi daripada pembangun dan syarikat tempatan telah pun sedia terdapat di Windows Store, termasuk The Star Online, Air Asia dan juga iProperty. Bagi para pengguna Windows sedia ada, iaitu Windows XP, Vista ataupun Windows 7, anda boleh mengemaskini dan menaik taraf ke Windows 8 Pro pada harga $14.99 (RM 45), manakala Windows 8 boleh didapatkan pada harga promosi $39.99 (RM 120) atau $69.99 (RM 212) untuk versi fizikal.

 
Leave a comment

Posted by on October 26, 2012 in OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s