RSS

Maklumat Tentang Android 4.2 Jelly Bean

28 Oct

BriefMobile turut sama berkongsi lebih maklumat berkaitan dengan sistem operasi Android 4.2 yang akan digunakan pada peranti telefon pintar, selain memperlihatkan beberapa perkara baru yang dibawakan oleh Android ini. Sokongan penggunaan lebih daripada satu akaun pada tablet Android telah diperkatakan sejak sekian lama, dan ia kelihatan akan diperkenalkan pada Android 4.2 kelak. Daripadanya, ia akan memudahkan anda menggunakan tablet sepenuhnya mengikut citarasa anda, dan menyediakan sebuah akaun tambahan untuk sesiapa sahaja, seperti untuk anak-anak, ataupun rakan-rakan yang ingin meminjam tablet anda. Pada masa yang sama, ia turut kelihatan, Android 4.2 kelak akan membawakan sokongan akses pantas ke bahagian tetapan utama, memudahkan pengguna membuat tetapan seperti WiFi, dan pelbagai perkara lain melaluinya. Untuk makluman, beberapa pengeluar peranti telah pun sedia menyediakan menu pantas seumpamanya pada bahagian notifikasi, dan kelihatan ia amat memudahkan pengguna. Galeri gambar pada Android 4.2 kelihatan diberikan nafas baru, memudahkan para pengguna untuk melihat koleksi gambar mereka, tersusun dengan kemas berbanding sebelumnya. Beberapa perkara lain yang turut dikemaskini adalah pada bahagian menu kamera, ikon kamera dan jam. Semestinya Google akan mempunyai sedikit kejutan kepada para pengguna ketika pengumuman Android 4.2 kelak pada hari Selasa hadapan.

 
Leave a comment

Posted by on October 28, 2012 in OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s