RSS

Memasang Sistem Operasi Microsoft Windows 8

28 Oct

Masukkan DVD ketika menjalankan Windows, dan sebuah menu autorun akan muncul pada skrin. Ia terlebih dahulu akan meminta pengguna untuk memuat-turun fail-fail terkini. Namun, seperti biasa anda boleh memilih untuk Skip perkara tersebut. Seterusnya para pengguna akan diminta untuk masukkan kata laluan produk Windows 8 padanya. Selesai sahaja memasukkan kata laluan produk, dan menerima terma dan syarat yang disediakan, para pengguna kemudiannya diberikan pilihan untuk sama ada menyimpan data peribadi, fail dan aplikasi sedia ada pada Windows mereka ataupun memulakan pemasangan baru pada komputer mereka, dan memadam semua data sedia ada pada komputer tersebut. Sekiranya para pengguna membuat pilihan untuk menyimpan data dan aplikasi, ia akan secara automatik mengimbas komputer anda, dan memperlihatkan apakah fail-fail dan perisian sedia ada yang tidak disokong pada Windows 8.

Selesai sahaja membuat pelbagai tetapan, kemudiannya pemasangan Windows 8 akan dimulakan, dimana sebuah skrin dengan paparan penuh akan hadir, dan memperlihatkan peratusan pemasangan Windows 8. Ia akan mengambil masa beberapa minit dan kemudiannya komputer anda akan dimulakan secara automatik. Pada skrin boot, ia akan dimulakan beberapa kali untuk menetapkan sistem mengikut tetapan komputer anda. Selesai sahaja Windows 8 dimulakan, ia akan memperlihatkan skrin tetapan akaun dan komputer anda terlebih dahulu, bermula dengan pilihan warna daripada koleksi yang disediakan. Selesai membuat tetapan warna latar dan sebagainya, para pengguna akan diminta sambungkan kepada talian internet, dimana sekiranya anda menggunakan internet melalui sambungan LAN, mungkin halaman ini tidak akan diperlihatkan. Sebaliknya sekiranya menggunakan WiFi, anda akan diminta menyambungkannya dan memasukkan kata laluan.

Seterusnya pilihan tetapan asas untuk komputer akan disediakan, dimana sekiranya anda ingin menggunakan tetapan yang disediakan pihak Microsoft, anda boleh memilih tetapan ekspress, dan meneruskan pemasangan anda. Sekiranya anda ingin membuat perubahan, masih boleh melakukannya pada skrin ini. Memandangkan Windows 8 diintegrasikan sepenuhnya dengan perkomputeran awan, disamping memerlukan akses akaun untuk Windows Store dan sebagainya, para pengguna juga akan diminta memasukkan maklumat akaun Microsoft mereka (Windows Live, Outlook dan sebagainya). Sekiranya tiada akaun tersebut, para pengguna boleh mendaftarkan akaun baru terus daripada skrin pemasangan ini. Selesai sahaja memasukkannya, pemasangan Windows 8 akan selesai, dan para pengguna akan boleh mula menggunakan komputer mereka dengan sistem operasi terbaru daripada Microsoft ini.

 
Leave a comment

Posted by on October 28, 2012 in OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s