RSS

Android 4.2 Masih Dikenali Sebagai Jelly Bean

31 Oct

Dengan tiga peranti Nexus yang diumumkan oleh pihak Google, ia turut didatangkan bersama-sama Android 4.2 Jelly Bean, dimana menyertakan beberapa perkara baru pada sistem operasi mudah-alih popular tersebut. Untuk tablet, Google membawakan sokongan multiuser seumpama yang terdapat pada komputer Windows hari ini, membolehkan anda mengubah akaun pengguna dengan mudah, dan setiap pengguna dapat mengubah pelbagai perkara mengikut citarasa mereka, termasuk menetapkan akaun emel masing-masing dan sebagainya. Pada maa yang sama, Google turut memperkenalkan pengalaman penggunaan kamera yang baru, menambah fungsi yang dinamakan sebagai Photo Sphere. Fungsi ini, membolehkan para pengguna merakamkan gambar panorama dalam bentuk 360-darjah, sekaligus membolehkan anda merakamkan pelbagai gambar disekeliling anda. Android 4.2 turut sama menyertakan bersama Google Now versi terkini, dimana membawakan pengalaman penggunaan yang lebih baik, selain beroperasi dengan pantas. Gesture Typing turut sama ditambah pada Android 4.2, membawakan fungsi seumpama Swype, membolehkan anda menaip dengan hanya menyeretkan jari dari satu abjad ke yang lain pada papan kekunci atas skrin. Selain daripada itu, penambahan baru yang turut dibawakan adalah sokongan Wireless Display, membolehkan anda memainkan video YouTube, ataupun memainkan permainan daripada peranti anda, terus ke sebarang televisyen yang menyokong Miracast. Halaman rasmi Android masih belum dikemaskini oleh Google buat masa ini, dan mungkin lebih banyak fungsi yang dibawakan akan diketahui tidak lama lagi.

 
Leave a comment

Posted by on October 31, 2012 in OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s