RSS

Tawaran Jalur-Lebar Tanpa Wayar Maxis

31 Oct

Setelah mengemaskini pakej jalur-lebar berkelajuan tinggi mereka sebelum ini, kini, Maxis turut sama memperkenalkan perubahan pada pakej dan pelan langganan Maxis Wireless Broadband, menawarkan harga serendah RM48 untuk penggunaan sebanyak 3GB data sebulan. Maxis menawarkan penggunaan kuota berbeza, iaitu untuk waktu puncak dan juga waktu malam. Untuk pakej permulaan, iaitu untuk RM48 dan juga RM68, masing-masing menawarkan penggunaan kuota yang sama untuk kedua-dua waktu, membawakan jumlah penggunaan sehingga 3GB dan juga 8GB. Namun, sekiranya anda aktif menggunakan internet pada waktu malam, Maxis menyediakan pakej untuk 20GB (5GB + 15GB) pada harga RM88, sehingga ke 48GB (12GB + 36GB) pada harga RM158. Dan bagaimanakah pula sekiranya anda melangkaui had penggunaan data ? Maxis mengatakan dimana untuk pakej permulaan (RM48 dan RM68), had laju internet akan dikurangkan menjadi 64kbps, manakala untuk pakej lain ia akan berubah menjadi 128 kbps. Halaman rasmi pakej Maxis Wireless Broadband. Selain daripada pakej Maxis Wireless Broadband yang dikhaskan untuk penggunaan individu, Maxis turut sama mengemaskini tawaran Maxis Wireless Home Internet mereka, dimana lebih kepada perkongsian talian internet dalam seisi rumah. Daripada kemaskini yang ditawarkan, ia didatangkan dengan pakej serendah RM59 dan menawarkan kelajuan hanya sehingga 7.2Mbps sahaja. Dari segi penggunaan kuota, ia masih mengekalkan bentuk yang serupa, yang dipisahkan dalam bentuk waktu puncak dan sebaliknya. Halaman rasmi pakej Maxis Wireless Home Internet.

 
Leave a comment

Posted by on October 31, 2012 in Data Plan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s