RSS

Microsoft Melancarkan Windows Phone 8

31 Oct

Microsoft telah pun memperlihatkan beberapa fungsi baru yang dibawakan oleh Windows Phone 8, seperti kebolehan merakamkan paparan skrin, sokongan Tiles yang boleh diubah saiz, dan pelbagai perkara lain lagi. Microsoft beberapa kali menekankan dimana Windows Phone ini merupakan platform yang membawakan telefon pintar mengikut citarasa pengguna. Microsoft juga memperkenalkan sokongan baru yang dinamakan sebagai Live Apps. Melalui Live Apps, ia membawakan informasi yang diinginkan pengguna terus ke skrin kunci bagi membolehkan pengguna mengetahui pelbagai kemaskini dengan mudah. Terdapat sebanyak 120,000 aplikasi pada Windows Phone Store yang hadir ke platform tersebut. Microsoft turut memperkenalkan Kids Corner yang membolehkan ibu bapa ataupun sesiapa sahaja, membuat tetapan khas hak akses untuk segelintir perkara sahaja. Fungsi tambahan lain yang diperkenalkan adalah Rooms yang membolehkan sesuatu perkara dikongsikan atau disembang bersama-sama sekumpulan rakan-rakan anda. Pelbagai perkara juga turut sama boleh dikongsikan seperti kalendar, sehinggalah kepada gambar dan sebagainya. Selain itu adalah Data Sense. Fungsi baru ini, membolehkan para pengguna melayari lebih banyak web dan menggunakan data serendah mungkin, sekaligus menjimatkan pakej data langganan bulanan mereka. Ia akan diperkenalkan dengan kerjasama pihak syarikat telekomunikasi, dan mungkin mengambil sedikit masa sebelum diperkenalkan untuk semua. Windows Phone 8 turut sama membawakan sokongan NFC, memudahkan pembayaran mahupun perkongsian diantara pengguna NFC. Selain daripada itu, aplikasi Skype diintegrasikan dengan lebih menyeluruh, membolehkan para pengguna menerima panggilan Skype, sama seperti menerima panggilan biasa. Windows Phone 8 akan hadir bersama-sama beberapa peranti baru dipasaran, termasuk Nokia Lumia 920, HTC 8X, Samsung Ativ S dan banyak lagi.

 
Leave a comment

Posted by on October 31, 2012 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s