RSS

Apple Memperkenalkan iPad Mini Secara Rasmi

03 Nov

Apple telah pun mengumumkan secara rasmi salah satu peranti terbaru dibawah keluarga iPad, iaitu Apple iPad Mini, membawakan skrin bersaiz 7-inci, dengan dilengkapi  pelbagai perkara baru termasuk kabel Lightning dan iOS 6 tetapi tiada EarPod yang disertakan. Apple masih mengekalkan rekabentuk minimalis padanya. Antara aplikasi yang didatangkan bersama-sama iPad Mini adalah Apple Maps, Safari, Mail, Messages, Photos, FaceTime, Newsstand, AppStore, iTunes, Videos, Music, Game Center, Photo Booth, Clock, Contacts, Reminders, Calendar, Notes dan Camera. Daripada apa yang kelihatan, iPad Mini membawakan rekabentuk yang agak ringan berbanding dengan iPad yang bersaiz 9.7-inci. Perkara ini mungkin kerana Apple ingin memudahkan pengguna mengendalikan peranti tersebut dengan menggunakan sebelah tangan seperti kebanyakkan produk Apple yang lain. Berbanding dengan iPad bersaiz 9.7-inci, iPad Mini ini kelihatan lebih sesuai untuk digunakan untuk membaca ketika baring, mahupun membuat perkara lain seperti melayari laman web dan sebagainya. Kerangka pada bahagian tepinya sedikit nipis berbanding dengan rekabentuk iPad biasa, namun ia tidak begitu menganggu dalam pembacan dan sebagainya. Bagi yang tidak ketahui, iPad Mini menggunakan cip pemprosesan A5 dimana membawakan prestasi dan kelajuan yang sedikit kurang daripada iPhone 5 yang menggunakan cip A6. Namun, seperti biasa, aplikasi, permainan video, dan pelayaran web masih membawakan pengalaman yang lebih kurang sama dengan peranti Apple sebelum-sebelum ini, dan tidak begitu jauh berbeza. Dari segi paparan pula, iPad Mini hanya membawakan paparan biasa berbanding dengan paparan retina. Harga jualan iPad 4 di Malaysia adalah RM1,499, menggantikan harga iPad sebelum ini, dan dengan pengumuman iPad 4 pada bulan lepas, harga jualan iPad generasi ketiga dengan paparan Retina adalah sekitar RM1379. iPad 3 ini juga turut menyertakan paparan dan prestasi yang lebih baik berbanding iPad Mini, dan mungkin harga jualannya tidak jauh beza kelak. Sekiranya anda ingin sesuatu yang lebih ringan dan mudah dipegang pada tangan anda, mungkin anda boleh memilih iPad Mini ini.

 
Leave a comment

Posted by on November 3, 2012 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s