RSS

Bagaimana Mengawal Perbelanjaan Bil Talian Untuk Telefon Pintar Anda ?

03 Nov

Tidak dinafikan banyak faktor yang menyebabkan perbelanjaan bulanan yang lebih dan salah satunya adalah kerana bajet penggunaan telefon. Adakalanya berlebihan dan ada pula situasi, kita tidak menggunakan apa yang telah disediakan sepenuhnya. Jadi bagaimanakah caranya untuk menjimatkan perbelanjaan anda untuk talian telefon anda ? Terdapat beberapa kaedah untuk menjimatkan perbelanjaan untuk bil talian telefon anda, dan antaranya adalah; 1. Lakukan analisis sama ada pakej data dan juga telefon pintar merupakan kehendak atau keperluan. Sesuaikan diri anda dengan pakej langganan yang murah, dan sekiranya masih belajar atau baru mula bekerja, lebih baik gunakan pelan prabayar berbanding pascabayar. 2. TM membolehkan anda menggunakan akaun yang sama untuk menggunakan khidmat di kawasan yang mempunyai liputan TM WiFi, tanpa sebarang caj tambahan. Perkara sama juga disediakan oleh Maxis melalui beberapa pelan langganan mereka. 3. Beberapa syarikat telekomunikasi tempatan menyediakan khidmat langganan internet secara harian atau mingguan pada kadar yang berpatutan, sekaligus membolehkan pengguna hanya melanggan perkhidmatan sekiranya benar-benar diperlukan sahaja. Amat sesuai sekiranya anda jarang bekerja di luar, dan selalu berada di kawasan dengan liputan WiFi. 4. Kebanyakan tempat awam dan kedai makan di Malaysia khususnya di bandar mempunyai perkhidmatan WiFi secara percuma seperti WirelessKL, WOWfi, dan sebagainya. 5. Gunakan aplikasi untuk menghadkan penggunaan data. Sesetengah sistem operasi telefon pintar didatangkan terbina padanya, seperti pada Android dan juga Windows Phone. Anda juga boleh memantau menggunakan aplikasi pihak ketiga seperti Onavo, dan banyak lagi yang ditawarkan untuk pelbagai platform. Selain ini, sekiranya anda mempunyai sebarang tips penggunaan lain yang lebih menarik, jangan lupa berkongsi bersama kami dan pembaca lain melalui ruangan komen.

 
Leave a comment

Posted by on November 3, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s