RSS

Apple Fusion Drive

06 Nov

Dunia sekali lagi menyaksikan perubahan dalam dunia komputer dengan kehadiran teknologi yang boleh dikatakan sebagai baru pada 24 Oktober yang lepas. Apple Inc telah berkongsi satu lagi teknologi yang dihasilkan oleh jurutera mereka iaitu Fusion Drive. Sebahagian daripada penggemar teknologi mengatakan bahawa Fusion Drive merupakan teknologi Hybrid Drive yang diolah semula dan diberi nafas baru oleh Apple. Sekalipun begitu, mekanisma operasi Fusion Drive agak berbeza dengan Hybrid Drive. Fusion Drive dan Hybrid Drive pada asasnya mempunyai binaan perkakasan luar yang sama iaitu kedua-duanya terbina dengan gabungan antara HDD (cakera keras) dan juga SSD (pemacu berkeadaan pegun). Menariknya, kedua-duanya ini bukanlah terbina dalam blok yang berasingan tapi digabungkan menjadi 1 perkakasan fizikal. SSD itu wujud dalam bentuk papan litar bercetak (Printed Circuit Board – PCB) dan digabungkan sekali bersama-sama HDD dalam satu perumah yang sama. Sebagai contoh, HDD ini mempunyai ruang SSD bersaiz 8GB.

Pada Hybrid Drive, ruang SSD hanya berfungsi sebagai ruang cache sahaja. Setiap aplikasi atau fail yang diakses secara kerap akan disalin ke ruang cache sebagaimana cermin make-up menyalin imej anda. Rasionalnya ialah kelajuan akses ke atas SSD lebih laju berbanding kelajuan akses ke atas HDD dan juga akses ke atas SSD menggunakan tenaga yang kurang jika dibandingkan dengan HDD. Jika HDD Seagate yang dinyatakan di atas hanya menggunakan 8GB SSD sahaja, Apple Fusion Drive menggunakan 128GB ruang SSD yang didatangkan sekali pada HDD berkapasiti 1TB atau 3TB. Apa yang membezakan antara Hybrid Drive dan Fusion Drive ialah bagaimana ruang SSD berfungsi. Hybrid Drive menukar fungsi SSD daripada storan kepada ruang cache, berlainan dengan Fusion Drive yang masih lagi mengekalkan fungsinya sebagai ruang storan. Jika Hybrid Drive menyalin fail atau aplikasi yang kerap diakses ke atas ruang SSD yang bertindak sebagai cache, Fusion Drive pula berfungsi dengan mengalihkan aplikasi atau fail yang kerap diakses daripada HDD kepada SSD.

Berdasarkan penerangan di atas, entiti (fail dan aplikasi) yang kerap diakses merupakan “hot entity” dan ia dialihkan ke SSD manakala “cold entity” akan dialihkan ke ke HDD. Secara lalai (by default), sistem operasi dan aplikasi yang sudah dipasang (pre-installed applications) akan diletakkan pada SSD. Jika anda masukkan fail-fail ke dalam storan dan anda jarang mengaksesnya seperti foto, ia akan dialihkan ke ruang HDD. Kitaran alihan itu dilakukan secara automatik dan anda tidak perlu bimbang mengenainya kerana Fusion Drive akan belajar corak penggunaan anda seterusnya mengalihkan entiti yang sepatutnya ke tempat yang sepatutnya. Inilah perbezaan antara Fusion Drive dan Hybrid Drive. Hybrid Drive menyalin entiti ke ruang cache manakala Fusion Drive mengalihkan entiti dari HDD ke SSD. Fusion Drive dan Hybrid Drive diwujudkan untuk memberikan pengalaman menggunakan komputer yang hampir menyerupai kelajuan SSD dan pada masa yang sama masih lagi mampu memberikan kapasiti storan yang besar.

 
Leave a comment

Posted by on November 6, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s