RSS

Asus VivoBook Bersama Windows 8

06 Nov

Asus telah pun mula memperkenalkan komputer terbaru mereka iaitu Vivo. Dua keluarga ditawarkan oleh Asus, iaitu Asus VivoTab untuk tablet, manakala VivoBook untuk keluarga Ultrabook disertakan dengan sokongan skrin sentuh. Keluarga Asus VivoBook ditawarkan dalam empat pilihan, iaitu Asus VivoBook S400 yang membawakan skrin bersaiz 14-inci dengan cip pemprosesan Intel Core i5, dan juga Asus VivoBook S200 menggunakan skrin bersaiz 11.6-inci dengan pilihan tiga variasi cip pemprosesan iaitu Intel Core i3, Intel ULV Pentium dan Intel ULV Celeron. Asus membawakan rekabentuk yang amat premium untuk komputer riba Asus VivoBook mereka, walaupun ditawarkan pada harga yang agak murah, namun kemasan dan kualiti yang dibawakan adalah sama taraf dengan kebanyakkan komputer riba dengan harga premium sekarang. Pada masa yang sama, ia juga membawakan rekabentuk badan yang nipis, dan ringan, serta mudah dibawa kemana-mana. Kesemua keluarga Asus VivoBook membawakan sokongan skrin sentuh, termasuk yang berharga RM1399. Menariknya, walaupun harganya rendah, skrin sentuh yang dibawakan adalah pada kualiti yang sama. Untuk kualiti audio pula, ia menyertakan sokongan SonicMaster, membolehkan pengguna menikmati lagu, video, permainan dan pelbagai fail multimedia pada kualiti yang baik. Asus VivoBook juga dilengkapi dengan kebolehan untuk memulakan komputer serta-merta, seperti kebanyakkan Ultrabook di pasaran, serta sokongan SmartGesture untuk membolehkan anda melakukan pelbagai perkara dengan menggunakan touchpad pada bahagian papan kekunci. Kesemua variasi Asus VivoBook menggunakan Windows 8 (64-bit). dan mempunyai Windows Store. Untuk makluman, versi S200 tidak membawakan sokongan grafik yang tinggi, dan hanya disokong melalui Intel UMA Integrated, manakala S400 pula dilengkapi dengan Intel HD Graphics 4000. Untuk pekerjaan pejabat asas, mahupun untuk digunakan dalam beberapa tugasan universiti, Asus VivoBook ini adalah salah satu pilihan yang baik.

 
Leave a comment

Posted by on November 6, 2012 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s