RSS

Kembalikan Kejelasan Sesuatu Gambar

06 Nov

Bagi mereka yang gemar merakamkan gambar menggunakan telefon pintar, mahupun kamera, salah satu perkara yang kurang digemari apabila gambar yang dirakamkan adalah kabur dan kulang jelas. Kini, dengan perisian SmartDeblur, perkara tersebut tidak lagi menjadi salah satu masalah. SmartDeblur merupakan salah satu aplikasi ringkas yang ditawarkan secara percuma oleh pembangunnya. Ia menawarkan kebolehan untuk mengembalikan kejelasan sesuatu gambar mengikut jenis masalah, iaitu Out of Focus, Motion Blur dan juga Gaussian Blur. Pengguna terlebih dahulu perlu memilih apakah masalah pada gambar tersebut, dan kemudian melalui pemilihan jenis masalah yang betul, mereka kemudiannya boleh mengembalikan sesuatu gambar supaya lebih jelas berbanding sebelumnya. Namun, hasil akhirnya, bergantung kepada seseorang itu, dimana anda perlu bermain dengan slider dalam menentukan nilai sesuatu perkara, memandangkan setiap gambar adalah berbeza-beza kekaburannya. Pembangunnya menyediakan sebuah tips dan tutorial ringkas pada awal permulaan aplikasi, membolehkan anda mengetahui terlebih dahulu bagaimanakah ia berfungsi kelak. Walaupun hasil akhirnya mungkin tidak digemari oleh semua, dan tidak begitu cantik, tetapi, SmartDeblur merupakan salah satu perisian yang amat berguna, sekiranya anda ingin membaca sesuatu teks pada imej yang kabur dan sebagainya. Muat-Turun Perisian SmartDeblur Untuk Windows.

 
Leave a comment

Posted by on November 6, 2012 in Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s