RSS

Rancang Rekaletak Perabot Pada Bilik Anda

06 Nov

Bagi mereka yang ingin berpindah rumah dan sebagainya, salah satu perkara yang sentiasa menjadi igauan adalah bagaimana ingin menyusun perabot dan sebagainya. Kini, dengan mudah, anda boleh lakukannya melalui perisian yang dinamakan Roomeon. Roomeon merupakan salah satu aplikasi percuma, dimana perlu menggunakan internet untuk berfungsi. Ia menawarkan fungsi yang amat baik sekali, dimana para pengguna boleh memilih bagaimana bilik mereka kelihatan, dan menyusun pelbagai perabot yang disediakan (kebanyakkan daripada IKEA). Pada permulaan aplikasi ini, para pengguna terlebih dahulu akan diperlihatkan dengan tab bernama FootPrint, dimana membolehkan anda melukis dimensi bilik anda, supaya memudahkan anda menyusun pelbagai perabot kelak padanya. Anda juga turut sama boleh memilih bentuk tetingkap, langsir, permaidani dan sebagainya melalui pilihan yang disediakan. Bagi mereka yang sedia dalam industri rekaletak dan rekabentuk bilik, mungkin biasa melakukannya dalam aplikasi CAD, dimana menawarkan lebih banyak fungsi tetapi pada harga yang mahal. Roomeon ini berfungsi sebagai salah satu alternatif, membolehkan sesiapa sahaja membuatnya, dan melihat model dalam bentuk 3D dengan mudah. Muat-Turun Roomeon Untuk Windows dan Mac OS X.

 
Leave a comment

Posted by on November 6, 2012 in Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s