RSS

Samsung ATIV Smart PC Bersama Windows 8

06 Nov

Samsung ATIV Smart PC membawakan rekabentuk dan kemasan yang agak baik, dimana ia menyertakan skrin bersaiz 11.6-inci. Seperti kebanyakkan peranti Samsung, ATIV Smart PC membawakan kerangka luar yang kelihatan seperti kemasan metalik, tetapi dibina menggunakan plastik. Namun begitu, pada tangan, ia amat selesa dipegang. Samsung ATIV SmartPC juga turut sama membawakan sokongan USB dan juga mikro-SD padanya, membolehkan anda menghubungkan pelbagai perkara padanya, termasuk kamera digital, pencetak dan sebagainya. Samsung menjual ATIV SmartPC pada harga RM2499 dimana disertakan bersama-sama dengan papan kekunci boleh tanggal mereka. Samsung turut sama membawakan sokongan S-Pen pada ATIV Smart PC, dimana selain daripada penggunaan papan kekunci dan juga penggunaan skrin sentuh, para pengguna boleh menggunakan input melalui stylus khas, dinamakan S-Pen. Samsung ATIV SmartPC menggunakan Windows 8 sebagai sistem operasinya, dan untuk memberikan nilai tambahan, Samsung turut sama membawakan beberapa aplikasi mereka sendiri sebagai tambahan kepada pengguna, termasuk S-Note, S-Gallery, S-Camera dan pelbagai aplikasi lain lagi. Samsung turut menyertakan ChatON untuk para pengguna Windows 8, membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain, melalui aplikasi permesejan khas mereka itu. Bagi mereka yang inginkan sesuatu peranti yang mudah dibawa kemana-mana, disamping inginkan input melalui stylus dan sebagainya, ATIV SmartPC adalah salah satu pilihan yang baik, memandangkan ia bukan sahaja membawakan kebolehan untuk menggunakannya sebagai tablet, tetapi turut sama menggunakannya sebagai komputer riba. Namun, sekiranya anda inginkan peranti yang memberikan pengalaman penggunaan permainan yang agak ekstrim, dan ingin melakukan kerja-kerja berat, seperti membuat pengeditan video dan sebagainya, selain bermain permainan dengan grafik tinggi, anda perlu menantikan ATIV SmartPC Pro yang dilengkapi dengan cip Intel Core i5 memasuki pasaran tempatan.

 
Leave a comment

Posted by on November 6, 2012 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s