RSS

Acer Melancarkan Siri Windows 8

08 Nov

Acer Malaysia secara rasminya telah pun melancarkan beberapa siri komputer Windows 8 mereka daripada tablet, komputer riba, sehinggalah kepada komputer AIO. Seperti semua sedia maklum, peranti yang difokuskan oleh pihak Acer pada pelancaran kali ini adalah semestinya Acer Aspire S7, dimana membawakan rekabentuk yang nipis, ringan dan kukuh, bersama-sama sokongan skrin sentuh padanya. Untuk pasaran Malaysia, dua variasi disediakan, iaitu Acer Aspire S7 13.3-inci dan juga 11.6-inci. Kedua-duanya membawakan sokongan skrin sentuh dan paparan skrin penuh, 1920×1080 pixel. Untuk keluarga tablet pula, Acer memperkenalkan Acer Iconia Tab W510 dimana membawakan skrin bersaiz 10.1-inci dengan bateri bertahan sehingga 9 jam, dan tambahan 9 jam apabila disambungkan kepada bahagian dok papan kekunci. Acer Iconia Tab W700 pula membawakan skrin bersaiz 11.6-inci dan dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core, membawakan kuasa pemprosesan lebih tinggi berbanding Iconia Tab W510. Untuk keluarga komputer semua dalam satu pula, Acer memperkenalkan Acer Aspire 7600U, membawakan skrin bersaiz 27-inci dengan sokongan skrin sentuh, dan dilengkapi paparan HD penuh, 1920×1080 pixel. Ia turut ditawarkan dengan pilihan skrin bersaiz 23-inci melalui Acer Aspire 5600U. Kesemua produk Acer yang dilancarkan hari ini boleh didapati daripada para pengedar rasmi dan pusat jualan Acer sah diseluruh negara.

 
Leave a comment

Posted by on November 8, 2012 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s