RSS

Memuat-Turun Buku Dari Google Books

10 Nov

Bagi mereka yang gemar membaca, selain daripada Wikipedia dan beberapa laman yang lain, salah satu yang mungkin menjadi kegemaran adalah Google Books, yang menawarkan pelbagai pilihan buku digital, termasuk berbahasa Malaysia. Kini, anda turut sama boleh mengambil kelebihan tersebut, dengan memuat-turun ia dalam bentuk PDF dan sebagainya dengan mudah. Untuk menjayakan perkara ini, salah satu aplikasi yang amat berguna adalah FSS Google Books Downloader, yang ditawarkan secara percuma untuk semua pengguna Windows. Ketika pemasangan, ia akan meminta pengguna memasang toolbar pada pelayar web, dimana langkah ini boleh diabaikan untuk tidak menganggu sebarang pelayaran web anda. Melalui perisian ini, ia membawakan cara penggunaan yang amat mudah, dimana pengguna hanya perlu menyalin URL buku atau majalah di Google Books yang menjadi kegemaran mereka, dan seterusnya memasukkannya pada FSS Google Books Downloader. Kemudiannya, anda dikehendaki memilih format yang menjadi kegemaran anda, dimana pilihan yang disediakan adalah PDF, JPG dan juga PNG. Sebaik sahaja selesai, anda boleh memulakan proses memuat-turun dan anda sudah boleh mendapatkannya dan membacanya secara offline pada komputer anda. Muat-Turun FSS Google Books Downloader, Pastikan sesuatu Google Books itu mempunyai fungsi paparan penuh supaya anda dapat memuat-turun keseluhuran buku tersebut.

 
Leave a comment

Posted by on November 10, 2012 in Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s