RSS

Mengenali Mekanisma GPGPU

10 Nov

Kita mulakan perbincangan kita dengan memahami apakah perbezaan yang signifikan antara Central Processing Unit (CPU) dan Graphics Processing Unit (GPU). Bagi pengguna biasa, bilangan teras yang paling banyak pun mungkin 4 atau 8 sahaja bagi CPU seperti Intel Core i7. Bagaimana pula untuk GPU ? Untuk pengetahuan, teras di dalam GPU lebih dikenali sebagai “stream processors”. Jadi teras di dalam CPU dipanggil sebagai “Cores” manakala teras di dalam GPU dipanggil sebagai “stream processors”. Bagaimana GPU Berfungsi ? Kita tengok pada monitorbersaiz biasa iaitu 13-inci dengan paparan resolusi 1366×768, jika paparan itu disambungkan dengan sebarang kad grafik maka kesemua stream processors yang ada pada kad grafik tersebut sedang bekerja serentak untuk membentuk pixel-pixel yang teramat banyak pada paparan berkenaan secara serentak melalui prinsip “sistem pembahagian kerja sejajar.

Bagaimana CPU Berfungsi ? Masihkah anda ingat BODMAS iaitu Bracket of Division, Multiplication, Addition and Subtraction ? Itulah prinsip yang diguna pakai untuk memahami secara asas operasi yang dijalankan oleh CPU. Tugas-tugas yang diterima oleh CPU ialah tugas dari jenis bersiri dan juga berurutan. CPU memproses data satu demi satu pada kelajuan yang amat mengagumkan, ditambah pula dengan teknologi-teknologi tertentu seperti Hyper Threading dan Turbo Boos. Dengan menggunakan GPU untuk melakukan tugas-tugas yang secara tradisinya dilakukan oleh CPU, bebanan lebih yang dikenakan ke atas CPU boleh diringankan kerana kitaran operasi kerja dialirkan ke atas GPU. Dengan itu, gerak kerja yang lebih laju dan efisien terhasil melalui kombinasi berkenaan. Pernah dengar CUDA ? CUDA ini merupakan salah satu implementasi GPGPU yang digunakan pada kad grafik jenama nVidia.

Secara tradisinya, proses video transcoding, encoding dan coverting menggunakan kuasa CPU 100% tetapi dengan hadirnya teknologi GPGPU, bebanan kerja itu dikongsi antara CPU dan GPU. GPU bukan sahaja berfungsi sebagai agen untuk mewarna skrin anda tetapi ia juga berfungsi sebagai agen untuk melakukan kerja-kerja pengiraan seperti media converting and encoding, bertepatanlah dengan namanya iaitu General Purpose Graphics Processing Unit. Tahun demi tahun, implementasi GPGPU semakin bertambah berikutan dengan hadirnya teknologi seperti nVidia CUDA, ATI FireStream dan OpenCL . Ketika ini, kebanyakan perisian yang menggunakan GPGPU ialah perisian yang sering digunakan untuk memproses video, audio dan juga gambar. Sebagai contoh, Adobe Photoshop. GPGPU juga digunakan dalam bidang penyelidikan seperti bidang kaji fizik dan biologi. Selain itu, para saintis di pusat penyelidikan CERN juga berminat untuk menggunakan teknologi GPGPU ini pada kerangka komputer mereka.

 
Leave a comment

Posted by on November 10, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s