RSS

Microsoft Memperkenalkan Windows Phone 8

10 Nov

Microsoft Malaysia secara rasminya memperkenalkan Windows Phone 8 bersama-sama beberapa peranti baru yang menggunakannya. Microsoft menggunakan slogan Most Personal Smartphone untuk Windows Phone 8, dimana melalui sokongan Live Tiles yang serba baru, membolehkan pengguna menyusun aplikasi kegemaran mereka pada halaman utama skrin tersebut. Pada skrin utama, pengguna boleh pin pelbagai perkara, bukan sahaja aplikasi, tetapi turut sama laman web kegemaran, arah perjalanan, permainan, dokumen, malah turut boleh pin nama rakan anda padanya. Bagi mereka yang mempunyai anak kecil yang gemar bermain menggunakan telefon pintar anda, semestinya salah satu fungsi yang akan diminati anda adalah Kids Corner. Kids Corner, membolehkan pengguna menetapkan apakah aplikasi yang boleh diakses oleh seseorang itu, dan mengaktifkannya sebelum memberikan ia kepada mereka. Microsoft turut sama ingin memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan mudah bersama-sama rakan dan ahli keluarga yang lain melalui Rooms. Pengguna boleh berbincang dengan senarai hubungan mereka di People Hub dengan berkongsi pelbagai perkara. Kamera pada Windows Phone 8 turut menerima beberapa kemaskini, membolehkan ia dimulakan dengan hanya menekan satu butang sahaja dan seterusnya merakamkan gambar dengan mudah. Untuk memberikan impak yang lebih menarik, pengguna turut sama boleh menggunakan Lensa dan tools tambahan sekaligus memberikan efek dan beberapa perkara interaktif kepada hasil rakaman anda. Beberapa sokongan lain yang turut disertakan adalah sokongan NFC, sokongan VoIP terutamanya Skype dan integrasi Skydrive.

 
Leave a comment

Posted by on November 10, 2012 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s