RSS

RapidShare Mengenakan Had Muat-Turun

10 Nov

RapidShare merupakan salah satu penyedia perkhidmatan perkongsian fail bersaiz besar dan kini, dalam usaha menjarakkan perkhidmatan dari disalah gunakan, RapidShare mengumumkan beberapa perubahan pada perkhidmatan mereka. RapidShare melalui halaman rasmi mereka mengatakan dalam masa terdekat ini, mereka akan mengenakan had muat-turun untuk sesuatu fail yang dimuat-naik oleh pengguna berbayar. Daripada apa yang dikongsikan, para pengguna RapidPro akan mendapat penggunaan muat-turun sebanyak 30GB secara percuma setiap hari untuk setiap fail. Ini bermakna, setiap fail yang dimuat-naik oleh pengguna RapidPro boleh dimuat-turun oleh pengguna umum secara percuma sehingga dimuat-turun dengan had sehingga 30GB untuk sesuatu hari itu. Sebagai contoh, sekiranya fail yang dimuat-naik bersaiz 1GB, maka boleh dimuat-turun oleh seramai 30 pengguna, menjadikan jumlah 30Gb digunakan dalam sehari. Bagi pengguna yang tidak berbayar pula, had muat-turun fail ditetapkan pada 1GB untuk setiap hari. Jadi, sekiranya seseorang pengguna yang tidak melanggan perkhidmatan memuat-naik fail mereka ke RapidShare, sebagai contoh bersaiz 200mb, maka ia akan dapat dimuat-turun sebanyak 5 kali untuk sesuatu hari. RapidShare juga turut mengatakan mereka bakal memperkenalkan rekabentuk laman yang baru, serta klien untuk Windows tidak lama lagi, sekaligus menjadikan penggunaan perkhidmatan mereka lebih menyerupai Dropbox. Perubahan ini bakal diperkenalkan pada 27 November 2012 ini.

 
Leave a comment

Posted by on November 10, 2012 in App, Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s