RSS

Asus VivoTab

12 Nov

Dua variasi diperkenalkan, iaitu VivoTab RT dan juga VivoTab. VivoTab merupakan peranti yang menggunakan Windows 8 sepenuhnya, dan dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Atom, manakala VivoTab RT hanya menjalankan Windows RT dengan cip pemprosesan NVIDIA Tegra 3. Seperti pernah dimaklumkan sebelum ini, Windows RT adalah versi Windows yang hanya untuk tablet, dimana aplikasi hanya boleh dipasang melalui Windows Store sahaja, manakala untuk Windows 8, aplikasi boleh dipasang daripada pengeluar ketiga, termasuk fail berbentuk EXE, MSI dan sebagainya. Buat masa ini, hanya Asus VivoTab RT sahaja yang dimulakan jualannya, manakala VivoTab dengan Windows 8 dijangka akan mula dijual dalam masa terdekat. Asus boleh dikatakan mengekalkan kualiti rekabentuk dan binaan yang agak tinggi. Asus VivoTab RT ini membawakan rekabentuk seumpama beberapa tablet Android yang pernah dikeluarkan mereka sebelum ini, termasuk Asus Transformer Pad dan sebagainya.

Ia membawakan tablet yang boleh dicantumkan kepada papan kekunci dan menggunakannya sebagai komputer riba dengan mudah. Papan kekunci yang dibawakan juga agak nipis, dan membawakan ciri-ciri premium padanya. Ia didatangkan dengan Windows RT padanya. Walaupun ia mempunyai beberapa kekurangan, namun apa yang menariknya adalah dimana ia sedia untuk digunakan untuk tujuan perniagaan mahupun pendidikan, memandangkan ia didatangkan terbina bersama Office Home & Students RT 2013 secara percuma. Daripada apa yang dilihat, tiada sebarang lengah masa yang dihadapi ketika penggunaannya, dan skrin sentuhnya juga kelihatan amat responsif. Mungkin ini adalah antara kelebihan Windows RT, selain memandangkan ia turut dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras NVIDIA Tegra 3. Asus menjanjikan ia dapat digunakan selama 9 jam untuk tabletnya sahaja, dan apabila digabungkan dengan papan kekunci, ia memberikan masa penggunaan sehingga 16 jam.

Asus VivoTab RT ini turut sama dilengkapi dengan teknologi audio daripada SonicMaster dan dilengkapi dengan skrin tahan calar iaitu Corning Fit Glass, sekaligus menjadikan ia sebagai salah satu peranti yang amat sesuai untuk digunakan ketiga bekerja diluar. Untuk VivoTab RT ini, Asus tidak menyertakan sokongan Digitizer padanya, mungkin salah satu kekurangan untuk mereka yang gemar melakar. Harga jualan untuk Asus VivoTab (versi Windows 8) masih tidak diketahui dan harga jualan RM2199 (Bersama dock) kelihatan agak mahal berbanding dengan VivoBook yang hadir pada harga sekitar RM1500. Untuk pasaran Malaysia, mungkin peranti berbentuk gabungan ini adalah sekitar harga tersebut, memandangkan Acer turut sama menjual Iconia Tab dengan gabungan papan kekunci pada harga yang sama dan bukannya Windows RT. Mungkin sekiranya anda ingin mendapatkannya, boleh nantikan sebulan dua, dan membandingkannya dengan harga VivoTab yang akan dijual di Malaysia kelak.

 
Leave a comment

Posted by on November 12, 2012 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s