RSS

Intel Hadir Dengan Cip Intel Core Gen. Ke-4

12 Nov

Dengan pengenalan Windows 8, ia juga turut mengubah bagaimana para pengguna menggunakan komputer mereka, iaitu daripada hanya papan kekunci, kini turut menggunakan skrin sentuh, dan juga membawakan kepada rekabentuk komputer riba yang boleh diubah kepada tablet dengan mudah. Bermula daripada penghujung bulan Oktober, pengenalan komputer riba hibrid dengan tablet mula meningkat dengan drastik, dan perkara ini dijangka akan berlanjutan sepanjang tahun hadapan. Dan salah satu cip pemprosesan yang menjana kebanyakkan komputer riba hibrid ini kelak adalah Intel, dan ketika pelancaran komputer riba Acer Aspire S7 tempoh hari, Intel Malaysia turut berkongsi mengatakan cip pemprosesan generasi ke empat Intel Core akan hadir pada tahun hadapan. Ia bukanlah perkara baru, dan semestinya mereka yang mengikuti perkembangan dunia komputer mengetahui mengenainya. Daripada apa yang dikongsikan pihak Intel Malaysia, selain daripada penggunaan telefon pintar dan tablet yang meningkat dari hari ke hari, ia juga turut menyumbang kepada peningkatan produktiviti, membolehkan pengguna bekerja dari mana sahaja dengan mudah, bila-bila masa. Daripada bancian ringkas yang dilakukan, ia juga kelihatan lebih ramai pengguna yang inginkan peranti berupa Ultrabook yang boleh diubah kepada tablet dengan mudah bersama-sama dengan pengenalan Windows 8, disamping diikuti dengan peratusan kedua terbesar adalah mereka yang inginkan Ultrabook dengan sokongan skrin sentuh sekaligus menyumbang kepada pembangunan cip pemprosesan yang memberikan kuasa pemprosesan yang lebih baik, disamping pada masa yang sama menjimatkan penggunaan tenaga. Semestinya salah satu perkara yang dinantikan adalah apakah yang bakal dibawakan oleh Intel Core generasi keempat kelak. Daripada apa yang diketahui buat masa ini, cip pemprosesan generasi keempat ini akan menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 20 kali ganda berbanding Sandy Bridge, disamping meningkatkan sokongan Intel HD Graphics sehingga 2 kali ganda. Intel Core generasi keempat ini akan sebagai kod “Haswell”.

 
Leave a comment

Posted by on November 12, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s