RSS

Canonical Hadir Dengan Iklan Animasi Ubuntu Untuk Android

14 Nov

Ubuntu untuk Android bukanlah sesuatu yang baru, dimana ia telah pun didemonstrasikan pada awal tahun ini, namun sehingga kini tiada sebarang pengeluar yang hadir menggunakannya. Namun, perkara tersebut tidak menghentikan pihak Canonical hadir dengan iklan terbaru untuknya. Melalui iklan animasi sekitar dua minit ini, Canonical memfokuskan kepada kelebihan Ubuntu untuk Android, yang membolehkan pengguna menggunakan telefon pintar mereka sebagai desktop penuh dan membawanya kemana-mana mereka pergi. Daripada apa yang diperlihatkan sebelum ini, ia beroperasi seperti telefon pintar Android yang biasa ketika digunakan dalam mod telefon, menawarkan kebebasan untuk para pengguna menggunakan aplikasi, membuat panggilan dan sebagainya. Baca : Ubuntu untuk Android. Dan untuk mengubah ia kepada mod desktop, pengguna hanya perlu memasangnya pada dock yang dihubungkan pada monitor, dan seterusnya menggunakan ia sebagai sistem operasi Ubuntu penuh, membolehkan pengguna mengakses pelbagai perkara dan aplikasi, seperti penggunaan sistem operasi Ubuntu biasa. Perkara ini dijayakan oleh Canonical dengan mengintegrasikan Ubuntu dan Android bersama penggunaan cip pemprosesan berkuasa tinggi. Canonical masih tidak mengumumkan sebarang rakan kerjasama sehingga ke hari ini, dan mungkin kita boleh nantikan pengenalan rakan kerjasama pertama mereka tidak lama lagi.

 
Leave a comment

Posted by on November 14, 2012 in OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s