RSS

Karangkraf Bakal Melancarkan Aplikasi Untuk Majalah Dan Buku Digital

14 Nov

Karangkraf bakal memperkenalkan aplikasi khas untuk iOS dan juga Android pada Khamis ini dinamakan sebagai eMall, membolehkan pengguna membaca dan mendapatkan buku serta majalah keluaran mereka dengan mudah melaluinya. Karangkraf menggunakan teknologi daripada Ookbe yang membawakan rekabentuk yang dioptimasikan untuk telefon pintar mahupun tablet, membolehkan anda mengikuti bahan bacaan anda pada sebarang peranti tanpa sebarang masalah. Tambahan lagi, untuk versi digital, mereka menyediakan diskaun untuk pembelian buku mahupun majalah, disamping menyediakan langganan dalam pilihan enam atau 12 bulan untuk majalah, disamping menjualnya secara berasingan. Pengguna juga diberikan kebebasan untuk melihat terlebih dahulu melalui sokongan pra-lihat. Untuk tujuan pembelian, dua medium berbeza disediakan oleh Karangkraf, dimana untuk pengguna iOS, ia menggunakan sokongan In App Purchase, membolehkan anda membeli terus melalui akaun iTunes. Untuk pengguna Android pula diberikan pilihan, sama ada melalui kad kredit ataupun bank tempatan mengikut pilihan pengguna, mereka kemudiannya akan dibawa kepada pelayar web untuk memasukkan maklumat dan sebagainya. Aplikasi eMall ini juga, membawakan sokongan bookmark, membolehkan anda menandakan sehingga mana anda telah membaca dan kemudiannya menyambungnya pada kemudian hari. Sokongan melihat thumbnail, dan halaman turut disediakan padanya, untuk memudahkan anda melihat apakah yang dibawakan oleh sesuatu majalah tersebut, dan terus ke kandungan yang diminati anda. Pihak Karangkraf bakal melancarkannya secara rasmi kepada semua pengguna iOS dan juga Android pada 15 November 2012. Ikuti perkembangan semasa berkaitan eMall ini daripada halaman Facebook rasmi – eMall Karangkraf

 
Leave a comment

Posted by on November 14, 2012 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s