RSS

BlackBerry Messenger 7 Membawakan Sokongan Panggilan Suara Melalui WiFi

16 Nov

Walaupun RIM memfokuskan kepada BlackBerry 10, namun kelihatan mereka tidak melupakan pengguna sedia ada, dimana hari ini, mereka mula memperkenalkan sokongan untuk membuat panggilan suara melalui BlackBerry Messenger, melalui BBM 7.0. Untuk menggunakannya, ia bergantung kepada WiFi, dan bukannya talian data mereka. Perkara ini sekaligus akan menjadikan penggunaan BBM lebih menarik lagi, disamping memudahkan para pengguna membuat panggilan kepada rakan-rakan mereka dan mendapatkan maklumbalas dengan pantas. Ia juga sekaligus membolehkan pengguna berkomunikasi dengan rakan-rakan di negara lain tanpa sebarang kos tambahan, selain daripada hanya sambungan kepada WiFi sahaja. Sokongan split-screen turut disertakan, membolehkan pengguna membuat panggilan suara, serta menghantar gambar, teks dan sebagainya pada masa yang sama. Untuk memudahkan para pengguna mengenal-pasti rakan mereka boleh menerima panggilan suara ataupun tidak, sebuah ikon notifikasi turut disediakan pada aplikasi terbaru ini. Dan seperti panggilan biasa, pengguna turut boleh menolak panggilan dan menghantar teks (Sesuai sekiranya ketika bekerja, mesyuarat dan sebagainya). BBM 7 dengan sokongan panggilan suara ini ditawarkan dalam bentuk beta buat masa ini, dan memerlukan pengguna menggunakan BlackBerry 6 OS dan yang terkini. Sokongan untuk BlackBerry 5 OS akan diperkenalkan pada masa akan datang. Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkannya daripada BlackBerry Beta Zone hari ini.

 
Leave a comment

Posted by on November 16, 2012 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s