RSS

CyanogenMod Beralih Kepada Penggunaan Nama Domain CyanogenMod.org

16 Nov

Dalam projek komuniti, kepercayaan menjadi tonggak utama dalam pembangunannya. Namun, untuk pembangun CyanogenMod, perkara malang menimpa, apabila salah seorang ahli yang memegang nama domain CyanogenMod.com mengambil langkah kiri, dengan meminta sebanyak $10,000 untuk domain tersebut. Domain CyanogenMod.com pada asalnya didermakan oleh seseorang (yang tidak ingin dinamakan) ketika projek CyanogenMod pada peringkat awal pembangunannya. Menurut pembangun CM, orang yang memegang nama domain tersebut turut sama melakukan beberapa kesalahan dengan menggunakan jenama mereka dalam menjana pendapatan dan sebagainya. Buat masa ini, pihak pembangunnya telah pun mengalihkan laman utama untuk menggunakan nama domain CyanogenMod.org. Dengan berita ini yang hangat dibincangkan dalam komuniti Android dan juga pengguna CM, ia kelihatan nama domain CyanogenMod.com membawa pengguna kepada CyanogenMod.org, sementara pemegang nama domain tersebut turut mengatakan pengguna hanya mendengar kisah sebelah pihak sahaja dan bukannya daripada pihak lagi satu. CyanogenMod merupakan salah satu ROM yang dibangunkan pembangun bebas bersama-sama bantuan komuniti, menawarkan sokongan pelbagai versi Android kepada peranti yang tidak mendapat sokongan rasmi daripada pengeluar. Kini, Pemegang domain kelihatan telah pun memberikan nama domain kepada pasukan CyanogenMod, dan mengeluarkan kenyataan berkenaan dengannya.

 
Leave a comment

Posted by on November 16, 2012 in OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s