RSS

Goliath – Animasi 3D Malaysia Yang Pertama

16 Nov

Industri animasi tempatan kian meningkat saban hari, dimana selain daripada beberapa siri animasi popular (Upin dan Ipin, Boboiboy dan sebagainya), animasi dalam bentuk filem juga turut diberikan perhatian daripada mereka yang terlibat dengan industri kreatif. Terbaru yang bakal hadir ke pawagam tempatan adalah War of the Worlds : Goliath, dimana mengambil konsep berasaskan kepada steampunk, berkisar mengenai perperangan manusia sejagat menentang makhluk asing dari planet Marikh. Difahamkan projek ini telah mengambil masa selama empat tahun untuk disiapkan sepenuhnya. Steampunk – trend menggunakan mesin alatan stim hasil dari revolusi perindustrian. Kebiasaanya mesin-mesin dalam cerita berkonsepkan steampunk menggunakan kuasa stim berbanding kuasa lain.  Projek menelan belanja jutaan ringgit ini telah ditaja oleh MAVCAP, FINAS dan juga MSC Malaysia dan merupakan animasi stereoskopik 3D yang pertama di Malaysia.

Malahan, ia juga menggabungkan 2D dengan 3D jadi ia memberikan pengalaman yang berbeza berbanding animasi 3D sepenuhnya. Animasi ini juga telah menewaskan Madagascar 3 apabila dianugerahkan Best 3D Animation Feature di Festival Filem 3D Los Angeles. Sinopsis: Filem ini berkisar pada tahun 1914 ala-steampunk, 14 tahun selepas serangan makhluk asing yang pertama yang gagal kerana kuman. Lanjutan dari itu, pasukan pertahanan A.R.E.S telah ditubuhkan di bandar Manhattan dibawah perintah Theodore Roosevelt. Untuk melawan mesin tripod makhluk asing, A.R.E.S juga telah membina mesin tripod mereka. Pasukan Goliath yang terdiri dari ahli berbeza negara merupakan ketua pasukan pertahanan tripod dan menghalang serangan makhluk asing. Filem animasi ini akan ditayangkan di pawagam tempatan bermula 15 November. Dari segi latar cerita, agak mendatar dan tiada plot yang sukar.

Pujian harus diberikan kepada produksi filem ini kerana mengangkat martabat animasi Malaysia dengan memenangi anugerah dan juga dengan mempunyai kerjasama dengan industri antarabangsa. Malahan mereka juga telah muncul di San Diego Comic Convention untuk promosi filem tersebut. Tahun ini sahaja menyaksikan 2 filem animasi tempatan telah ditayangkan dan satu lagi animasi bakal muncul pada akhir tahun ini. Mungkin pada masa akan datang, sekiranya para penggiat industri kreatif tempatan hadir dengan animasi yang lebih menerapkan elemen nusantara, selain turut menyertakan sokongan audio dalam bahasa Malaysia, ia akan lebih diminati dan memberikan identiti hasilan Malaysia padanya. Bersempena dengan pelancaran filem animasi ini di Malaysia, pihak TeAM turut sama bakal mengadakan sebuah acara khas membincangkan industri kreatif dan multimedia di Malaysia.

 
Leave a comment

Posted by on November 16, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s