RSS

WinLock Melindungi Aplikasi Windows

16 Nov

Mengunci skrin komputer pada komputer peribadi adalah salah satu perkara yang mudah, namun bagaimanakah sekiranya anda sedang bekerja untuk sesuatu tugasan menggunakan komputer yang dikongsikan ramai, dan perlu meninggalkannya untuk sementara ? Semestinya sekiranya kerja atau tugasan yang dilakukan adalah peribadi, anda ingin mengunci ia sebelum meninggalkannya. Dan untuk memudahkan perkara tersebut, salah satu aplikasi yang amat berguna adalah WinLock. WinLock membolehkan anda mengunci sesuatu aplikasi dan untuk membukannya, anda dikehendaki memasukkan kata laluan, sepertimana yang ditetapkan. Sebaik sahaja anda selesai memasang WinLock, ia akan diaktifkan pada komputer anda, dimana anda boleh mengunci sebarang aplikasi terus ke taskbar dengan hanya menekan CTRL + Space. Untuk penggunaan kata laluan, ia ditetapkan sebagai 123, dimana pengguna boleh mengubahnya pada tetingkap WinLock. Mengunci Explorer.exe (Tetingkap pada Windows yang selalunya digunakan untuk melihat folder dan fail) akan membolehkan komputer anda menghadapi masalah, dan mungkin perlu dimulakan semula (Turut boleh dimatikan melalui Task Manager). Secara keseluruhannya, WinLock merupakan antara aplikasi ringkas yang amat berguna sekiranya anda ingin mengunci sementara fail dan dokumen anda, dan kemudianya mengaksesnya dengan memasukkan kata laluan yang ditetapkan. Muat-Turun WinLock 1.0 Untuk Windows.

 
Leave a comment

Posted by on November 16, 2012 in App, Security

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s