RSS

Apakah Itu 4G ?

24 Nov

4G..4G..4G.. Salah satu terma yang semakin kerap kita dengar akhir-akhir ini, apatah lagi dengan beberapa syarikat tempatan yang turut menjenamakan perkhidmatan mereka dengan menggunakan nama tersebut, seperti P1 4G dan juga Yes 4G. Tetapi, apakah sebenarnya 4G ? 4G secara asasnya merupakan singkatan bagi “4th Generation” dimana memperlihatkan kepada evolusi generasi ke-empat dalam komunikasi mudah-alih. Daripada apa yang terdapat pada hari ini, teknologi ini masih tidak dapat mengecapinya, membuatkan ramai menggunakan terma LTE (Long Term Evolution), dimana menandakan LTE sebagai permulaan pertama, dan bakal berevolusi kepada 4G dalam suatu tempoh masa. Dari tetapan standard kelajuan oleh International Telecommunication Union, ia menetapkan 4G dengan kebolehan mencapai tahap penghantaran dan penerimaan data pada kadar kelajuan 100 megabit sesaat (untuk yang bergerak) dan 1 gigabit sesaat (untuk yang tidak bergerak), dan turut dipanggil sebagai akses mobile ultra-broadband. Dengan kadar kelajuan ini, ia semestinya berkali ganda lebih pantas berbanding teknologi rangkaian 3G. Kebanyakkan pengeluar peranti pada hari ini telah pun mula mengeluarkan telefon pintar, modem dan sebagainya dengan variasi sokongan LTE, membolehkan pengguna menikmati kelajuan internet tinggi pada peranti mudah-alih mereka. Buat masa ini, salah satu perkara yang menjadi kekurangan pada rangkaian serba baru ini adalah harga untuknya, dimana pada peringkat awal ini, ia berharga lebih tinggi. Pengenalan rangkaian ini akan mengambil suatu masa yang lama sebelum diperluaskan ke seluruh dunia. Di Malaysia sendiri, kebanyakkan syarikat telekomunikasi telah memulakan langkah awal dengan memulakan penaik-tarafan kepada LTE secara berperingkat di seluruh negara. Dari segi kelajuan sambungan internet secara mudah-alih, ia masih diterajui oleh Yes.

 
Leave a comment

Posted by on November 24, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s