RSS

Facebook Di Dalam Arena Pengiklanan Web

24 Nov

Bagi pengguna Facebook, mungkin semua sedia maklum mengenai perubahan polisi dan terma mereka beberapa hari yang lepas, dimana membawakan kepada salah satu perubahan besar, dimana Facebook bakal menggunakan data-data mengenai kesukaan anda untuk memperlihatkan iklan di luar Facebook. Sebelum ini Facebook telah memperlihatkan beberapa perkara seperti artikel yang dibaca rakan-rakan dan sebagainya dan sekiranya polisi terbaru ini diperkenalkan, ia akan memperlihatkan apakah yang bakal dibawakan oleh gergasi sosial tersebut dalam beberapa bulan lagi. Dengan perubahan polisi ini, ia juga bakal membolehkan Facebook memaparkannya pada Instagram dengan mudah, sekaligus menawarkan lebih pilihan kepada para pengiklan. Buat masa ini, Facebook membenarkan pengiklanan mereka diintegrasikan pada aplikasi-aplikasi luar bagi membolehkan mereka yang menghasilkan permainan atas-talian pada platform Facebook menjana pendapatan tambahan. Beberapa penganalisa juga turut mengatakan Facebook bakal memperkenalkan produk seumpama Google AdSense melalui enjin pengiklanan mereka. Facebook telah pun tersedia yang mempunyai pelbagai jenis data, dan membolehkan mereka memperlihatkan iklan yang lebih peribadi kepada setiap pengguna di sebarang laman yang dilayari. Perkara ini semestinya akan mengembirakan ramai pengiklan, dan pada masa yang sama akan mengembirakan pelabur Facebook dengan menjana lebih pendapatan dibawah jenama Facebook.  Semestinya integrasi pada pengiklanan di web ketiga akan menguntungkan para pengiklan sendiri, disamping pemilik web menjana pendapatan tambahan melaluinya.

 
Leave a comment

Posted by on November 24, 2012 in Info ICT, Web Social

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s