RSS

Aplikasi Dan Muat-Turun Windows Store Lebih Tinggi Berbanding Mac App Store

29 Nov

Selain daripada pengumuman berkaitan jualan Windows 8 yang melangkaui 40 juta lesen di seluruh dunia, kini, penganalisa bebas, Distimo turut mengeluarkan laporan terbaru mereka, memperlihatkan beberapa analisa dan statistik untuk Windows Store yang didatangkan bersama-sama Windows 8. Daripada apa yang diperlihatkan, bilangan aplikasi percuma pada Windows Store agak tinggi berbanding pelbagai platform yang lain. Angka dan potensi Windows Store kelihatan agak baik memandangkan dalam tempoh sebulan sejak pelancaran rasmi, ia telah pun melangkaui angka 20,000 berbanding dengan Mac App Store. Pada masa yang sama, Distimo turut berkongsi berkenaan jualan aplikasi, dimana aplikasi berbayar yang ditawarkan pada Windows Store masih sedikit, maka angka jualannya masih kecil berbanding Mac App Store dimana angka aplikasi berbayarnya meliputi sebanyak 84% berbanding Windows Store hanya sekitar 14% sahaja. Microsoft juga dilihat memfokuskan kepada aplikasi yang dihasilkan pembangun tempatan mengikut sesuatu negara, dan memasarkannya mengikut tetapan lokasi seseorang pengguna. Perkara ini, sekaligus memberikan lebih pendedahan berkaitan aplikasi tempatan yang dihasilkan, dan menawarkan lebih banyak kandungan berguna kepada seseorang pengguna. Daripada apa yang diperlihatkan, ia menunjukkan potensi Windows Store agak baik, dan mungkin kita akan melihat ia terus berkembang dengan positif dalam bulan-bulan akan datang. Untuk mereka yang ingin mengikuti laporan penuh daripada Distimo, boleh memuat-turunnya secara percuma daripada halaman rasmi mereka.

 
Leave a comment

Posted by on November 29, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s