RSS

Pengguna GMail Boleh Menghantar Fail 10GB

29 Nov

Untuk pengguna GMail, mungkin sedia maklum berkenaan had penghantaran fail dimana hanya menyokong sehingga 25MB sahaja buat masa ini. Namun, Google bakal mengubahnya, dimana hari ini mereka mengumumkan integrasi Google Drive pada GMail, membolehkan fail sehingga 10GB dihantar melaluinya. Google Drive bukanlah sesuatu yang baru, dimana ia telah pun sedia digunakan ramai pengguna diseluruh dunia. Tetapi, melalui integrasi baru ini, ia memudahkan pengguna untuk menghantar dan menambah fail pada Google Drive, terus pada GMail. Memandangkan ia menggunakan Google Drive untuk tujuan penghantaran, ini membolehkan pengguna turut mengubah dokumen yang dihantar pada bila-bila masa, dan semua yang menerima fail tersebut, turut menerima kemaskini fail berkenaan dalam bentuk masa-nyata. Sokongan ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua, dan hanya boleh diakses melalui kaedah penghantaran emel baru yang diperkenalkan Google baru-baru ini sahaja.

 
Leave a comment

Posted by on November 29, 2012 in Web Social

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s