RSS

RapidShare Baru Diperkenalkan iaitu RapidDrive 1.0

29 Nov

RapidShare, beberapa minggu sebelum ini telah mengumumkan beberapa perubahan untuk perkhidmatan storan atas-talian mereka, dan hari ini, ia diimplementasikan secara rasminya, bersama-sama pelancaran RapidDrive 1.0 kepada pengguna Windows. Melalui perubahan yang dilakukan, mengehadkan muat-turun yang dilakukan oleh pengguna umum bagi mengurangkan perkhidmatan mereka disalah guna untuk mengedarkan fail dan dokumen berhak-cipta. Pengguna RapidPro akan mendapat penggunaan muat-turun sebanyak 30GB secara percuma setiap hari untuk setiap fail, manakala pengguna biasa akan mendapatk had muat-turun sebanyak 1GB sehari. Ini bermakna, setiap fail yang dimuat-naik oleh pengguna RapidPro boleh dimuat-turun oleh pengguna umum secara percuma dengan had sehingga 30GB untuk sesuatu hari itu. Sebagai contoh, sekiranya fail yang dimuat-naik bersaiz 1GB, maka boleh dimuat-turun oleh seramai 30 pengguna, menjadikan jumlah 30Gb digunakan dalam sehari.  Bagi pengguna yang tidak berbayar pula, had muat-turun fail ditetapkan pada 1GB untuk setiap hari. Jadi, sekiranya seseorang pengguna yang tidak melanggan perkhidmatan memuat-naik fail mereka ke RapidShare, sebagai contoh bersaiz 200mb, maka ia akan dapat dimuat-turun sebanyak 5 kali untuk sesuatu hari. Untuk pengguna yang memuat-naik sesuatu fail tersebut, ia boleh dimuat-turun tanpa had daripada akaun RapidShare mereka. Selain perubahan drastik ini, RapidShare turut hadir dengan aplikasi khas untuk pengguna Windows, iaitu RapidDrive. Melaluinya, ia mengintegrasikan akaun RapidShare pengguna dengan Windows Explorer, dan membolehkan ia digunakan tanpa memasuki web.

 
Leave a comment

Posted by on November 29, 2012 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s