RSS

Samsung Galaxy Camera Berharga RM1899

29 Nov

Hari ini, Samsung secara rasminya telah pun melancarkan dan mengumumkan peranti terbaru mereka yang menggunakan sistem operasi Android, iaitu Samsung Galaxy Camera. Untuk pasaran Malaysia, ia akan ditawarkan pada harga RM1899, dan tiada sebarang pakej daripada syarikat telekomunikasi tempatan buat masa ini. Samsung Galaxy Camera ini menjadikan ia unik, memandangkan didatangkan bersama-sama sistem operasi Android. Namun, ia bukanlah kamera pertama yang menggunakan Android, memandangkan sebelum ini Nikon turut sama memperkenalkan peranti lebih kurang sama. Namun, Galaxy Camera didatangkan dengan sistem operasi lebih terkini, iaitu Android 4.1 Jelly Bean. Galaxy Camera turut didatangkan dengan skrin bersaiz sebesar 4.8-inci, paparan terbesar di sebarang kamera kompak. Apa yang membezakan ia dengan kamera pada telefon pintar adalah dimana ia didatangkan dengan sensor sebesar 16-megapixel selain dilengkapi dengan sokongan zoom sehingga 21x. Bagi mereka yang selesa dengan tetapan manual juga, anda boleh mengubah tetapan pada Galaxy Camera, dan membuat lebih banyak rakaman menarik melaluinya. Bagi yang berminat, boleh mendapatkan Samsung Galaxy Camera ini pada harga RM1899 daripada para pengedar Samsung rasmi tempatan, dan diketahui sebanyak 5,000 jualan pertama akan didatangkan dengan kad-SIM Hotlink Broadband secara percuma padanya. Untuknya, pengguna hanya perlu ke cawangan Maxis di KLCC, MidValley Gardens, atau Sunway Pyramid, dan pada masa yang sama akan menikmati ruangan storan percuma sehingga 25GB melalui Loker.

 
Leave a comment

Posted by on November 29, 2012 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s