RSS

Platform BlackBerry 10

01 Dec

BlackBerry 10 merupakan salah satu platform yang dinantikan ramai pengguna, dan pada BlackBerry Jam Asia yang diadakan di Bangkok, Thailand, ia memfokuskan kepada beberapa perkara terutamanya BlackBerry Hub, BBM dan beberapa yang lain. Sepeti anda dapat lihat, antaramuka dan rekabentuknya berbeza berbanding BBOS sedia ada. Bermula daripada perubahan buku alamat, ia kini menarik data seperti gambar profil dan sebagainya daripada laman sosial utama, iaitu LinkedIn, Facebook dan juga Twitter. Perubahan turut sama diperlihatkan pada Blackberry AppWorld yang kini dipanggil BlackBerry World, membolehkan pengguna melihat preview kandungan sebelum membeli daripada integrasi potongan kredit daripada pelan telekomunikasi anda. Namun buat masa ini, syarikat telekomunikasi tempatan masih belum mengumumkan sokongan untuknya. BlackBerry 10 turut sama memperkenalkan sebuah halaman setempat untuk melihat pelbagai jenis kemaskini daripada laman sosial dan aplikasi lain, dinamakan sebagai BlackBerry Hub.

Untuk mengakses BlackBerry Hub pengguna hanya perlu swipe skrin ke sebelah kanan daripada sebarang aplikasi, dan melihat kemaskini semasa di BlackBerry Hub. Daripadanya, selain mengikuti kemaskini rakan-rakan, anda juga boleh mengemaskini laman sosial seperti Facebook, dimana anda boleh memuat-naik gambar, mengemaskini status serta pelbagai perkara lain terus melaluinya. Ia merupakan hasil daripada integrasi Facebook yang terbina pada Blackberry 10. Pengguna juga turut boleh menghantar BBM, SMS, kemaskini Twitter, LinkedIn, termasuk menghantar emel daripada BlackBerry Hub. Bercakap mengenai papan kekunci atas skrin, ia membolehkan pengguna membuat input, dan terus mempamerkan perkataan cadangan padanya. Papan kekunci pintar ini juga turut mempelajari cara input anda, selain memudahkan anda memadam sesuatu perkataan dengan hanya swipe.

Pada Blackberry 10 ia memasukkannya secara automatik hasil pembelajaran daripada input anda. BlackBerry 10 turut sama membawakan kemaskini untuk BlackBerry Messenger, dimana ketika menggunakannya, anda turut boleh Peak ke senarai hubungan dengan mudah. Ia turut sama membawakan kemaskini kepada bagaimana BBM Groups berfungsi, membolehkan anda dengan mudah anda melihat siapa yang menyertainya dengan paparan gambar profil lebih besar, disamping melihat gambar dan chat, serta pelbagai dokumen yang dikongsikan terus melalui halaman setempat untuk sesuatu BBM Groups. Sokongan notifikasi turut sama diperlihatkan pada skrin kunci utama, memudahkan anda mengikuti kemaskini semasa dari pelbagai aplikasi. Sebuah panel khas untuk notifikasi turut boleh diakses, dimana buat masa ini, hanya kebolehan menetapkan Alarm sahaja diperlihatkan padanya. BlackBerry 10 ini akan dilancarkan pada 30 Januari kelak, dan dua peranti baru akan diumumkan pada hari yang sama.

 
Leave a comment

Posted by on December 1, 2012 in Mobile Phone, OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s