RSS

Dapatkan Pelbagai Fail Sumber Untuk Kerja Multimedia Secara Percuma Dari Envato

03 Dec

Bagi mereka yang terlibat dalam industri multimedia, mungkin sedia kenali akan beberapa produk Envato dimana merupakan salah satu pusat jual beli kod dan fail sumber untuk digunakan dalam pembangunan. Untuk makluman, setiap bulan, mereka menyediakan koleksi percuma untuk setiap perkhidmatan mereka. Berikut merupakan beberapa fail sumber yang boleh digunakan secara percuma untuk bulan Disember ini. 1. Audio Jungle, untuk bulan ini menawarkan audio royalti percuma dinamakan sebagai Everything Will Be Fine dengan tema motivasi, dimana boleh digunakan dalam video, games dan sebagainya. Muat-Turun Audio Everything Will Be Fine.  2. ThemeForest ialah rekabentuk web dalam bentuk HTML dimana membawakan paparan secara melintang. Didatangkan dalam 12 rekabentuk halaman yang berbeza dengan pilihan 12 warna menarik. Muat-Turun Template Stuff.  3. VideoHive Squares PACK ialah Fail untuk Adobe After Effects, menawarkan paparan untuk permulaan video yang menarik. Turut didatangkan grafik transaksi, latar belakang dan sebagainya. Muat-Turun Squares Pack. 4. Graphic River Exceptional Photo Effects ialah Fail add-on untuk Photoshop, yang membolehkan pengguna menambah pelbagai jenis efek pada gambar yang dirakamkan membolehkan gambar yang dihasilkan lebih profesional. Muat-Turun Exceptional Photo Effects.  5. 3dOcean Parquet Floor ialah untuk mereka yang selalu membuat pelbagai jenis rekabentuk 3D yang membawakan rekabentuk texture untuk digunakan pada mockup atau rekabentuk 3D. Didatangkan dalam format 3DS, C4D, dan juga OBJ. Muat-Turun Rekabentuk 3D Parquet Floor.  6. CodeCanyon RoutePlanner API ialah membangunkan laman web dengan sokongan pemetaan ? RoutePlanner API ini membawakan kod sumber yang sedia digunakan dan terus sedia digunakan dalam memperlihatkan arah dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Turut dioptimasikan untuk pengguna peranti mudah-alih. Muat-Turun Kod Sumber RoutePlanner API.  Selain daripada pelbagai fail-fail percuma ini, para pembangun juga turut sama boleh mendapatkan fail-fail lain pada harga yang agak murah pada laman tersebut.

 
Leave a comment

Posted by on December 3, 2012 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s